Resepi Kari Ayam Berkerisik Sedap

Resepi Kari Ayam Mudah
Sedang mencari resepi kari ayam ke? Yuk kita tengok resepinya disini. Sedap kalau dimakan dengan roti ataupun nasi putih. Kalau saya yang masak, saya cuma gunakan kepak sahaja. Lagi ringkas dan mudah. Tak payah nak potong ayam tu. Tinggal cuci dan terus masak.

Resepi ini menggunakan kerisik agar rasanya bertambah lagi ump! Kena pulak dengan sambal belacan, memang enak. Jom kita teruskan resepinya.

Resepi Contribution Kredit Anonymous

Bahan-bahan:
  • 500g ayam dipotong atau kepak ayam
  • Minyak masak secukupnya

Bahan ditumbuk halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 inci halia

Bahan tumis:
  • 1 tangkai daun kari
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kayu manis
  • 3 tangkai bunga cengkih
  • 2 biji bunga lawang
  • 1/2 biji bawang dihiris nipis

Bahan-bahan lain:
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 mangkuk santan pekat
  • 1 mangkuk santan cair
  • 3 sudu besar serbuk kari daging, bancuh supaya menjad pes
  • 2 biji ubi kentang, dikupas kulit dan dipotong 4
  • 1 biji tomato dipotong 4
  • 1 asam keping

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dikuali, tumis bahan tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk tadi dan kacau seketika sehingga kekuningan
  3. Seterusnya masukkan pes kari, kacau sehingga pecah minyak dan betul-betul garing, tambahkan sedikit air jika terlalu kering di peringkat permulaan.
  4. Teruskan kacau sehingga pecah minyak dan tidak hangit
  5. Masukkan ayam dan kacau sebati sehingga 2-3 minit
  6. Masukkan ubi kentang, santan cair, asam keping dan kerisik
  7. Masak sehingga ubi kentang empuk dan ayam betul-betul masak.
  8. Tuangkan santan pekat, keluarkan asam keping sekiranya rasa masam padah kuah sudah mencukupi.
  9. Masak sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya,
  10. Langkah terkahir, masukan tomato. Selamat mencuba
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments