Resepi Ketam Bunga Masak Lemak

Resepi Ketam Bunga Masak Lemak

Hari ini special sikit sebab kita masak Lauk Lemak Ketam. Hidangan ini adalah diantara kegemaran keluarga kami. Apa tidaknya, kalau sebut pasal ketam, mesti terfikir dengan lauk ketam lemak. Kalau tak masak Lemak, masak telur asin pun sedap ya. Ok mari kita mulakan resepinya.

Resepi Ketam Bunga Masak Lemak

Kredit Resepi Kak Ani

Bahan-bahan:
  • 4 ekor ketam segar dipotong 2 dan dicuci
  • 1 bawang besar dipotong kasar*
  • 20 ulas bawang putih*
  • 1 halia saiz ping pong ball dihiris*
  • 1 serai dihiris*
  • 7 batang chilli hijau dipotong kasar*
  • 5 batang chilli padi*
  • 4 buah keras*
  • 1 sudu Kecil serbuk kunyit
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 packet kecil santan kara
  • 1 1/2 sudu teh garam/secukup rasa
  • 1 sudu teh perasa
  • 1 suduteh gula
  • sedikit air untuk kisar dan masak
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:
  1. Kisar bahan* sampai halus dan ketepikan
  2. Panaskan minyak di kuali dan masukkan bahan kisar dan daun kunyit. Tumis sehingga naik minyak. Masukkan asam keping.
  3. Masukkan sedikit air. Setelah ia mendidih masukkan garam. perasa dan gula, masukkan ketam dan biarkan ia masak. Kacau rata.
  4. Masukkan santan dan kacau selalu supaya santannya tidak pecah.
  5. Apabila ketamnya sudah masak, hidangkan dengan nasi. Selamat mencuba.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments