Resepi Ketam Masak Lemak Chilli Api

Resepi Ketam Masak Lemak
Jika kita sebut pasal masakan Ketam, selalunya kita akan terbayang hidangan yang sedap-sadap seperti masakan ketam black pepper, ketam masak lemak chiili padi, ada yang suka ketam masak telur masin, masak susu daun kari, ada yang digoreng, bbq dan sebagainya. Memang tak habis lah kalau sebut pasal ketam ni. Macam-macam cara semuanya sedap. Ketam memang makanan kesukaan ramai selain daripada udang.

Kalau nak memilih ketam, pastikan ketamnya itu bulat, tidak berbau dan berat bila diangkat. Ketam jantan yang banyak isinya selalu berat dan bahagian bawahnya tidak berbunga. Ketam betina selalunya berbunga disebelah bawah abdomen tetapi isinya berkurangan sebab ia bertelur dan berwarna oren.

Teringat saya pada waktu saya berkerja di restoran Jepon, Ketamnya digoreng gareng dan dicecah dengan sos lada hitam. itu aja, mudah sangat makanan snack Jepon ni.  Memang sedap power. Tetapi hari ini kita akan menjelajahi anak tekak dengan masakan Melayu pula. Mari kita try masakan rumah iaitu Ketam Masak Chilli Api.

Kredit Resepi Resepi Artis

Bahan-bahan:
  • 3 ekor ketam segar, dibersihkan dan dibelah dua
  • Sedikit udang disiang (optional)
  • 6 kacang pea (optional)
  • 2 biji tomato (belah empat)
  • 2 biji cili hidup dan 5 biji chilli Padi ditumbuk
  • 1 inci kunyit hidup ditumbuk
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • asam gelugur/asam jawa
  • 1 helai daun kunyit, carikkan
  • garam dan gula secukupnya
  • secubit belacan dicampur sedikit air
  • 2 cawan santan pekat
  • air sedikit

Cara-caranya:
  1. Masukkan belacan, santan, kunyit hidup, serbuk kunyit, cili, asam keping/asam jawa dan ketam ke dalam periuk.
  2. Kemudian masukkan daun kunyit.
  3. Masak atas api sederhana. Kacau supaya santan tidak berketul dan pecah minyak. 
  4. Pastikan santan dan ketam masak dengan betul. Tambahkan air sedikit jika perlu.
  5. Masukkan tomato dan kacang peas.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.
  7. Angkat dan sajikan panas.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments