Ada peminat kulit ayam tak disana? Resepi kali ini adalah daripada FB. Ya, tu dia, kulit ayam. Ni sekali makan nak lagi. Best tau. Resepi asal dari Jejaka Brownie facebook. Bolehlah cuba. Ranggup, sedap kalau ratah sambil tengok TV ok jugak. Tapi ingat tau, tak boleh selalu. You know..I know lah yer kandungan isinya.
Resepi Kulit Crispy ini sangat senang dan straight foward. Campur semua bahan-bahan yang pertama tu lepastu gaul. Ketepikan sebentar sekitar 10 minit biar campuran sebati. Yang bahan kedua pulak untuk coating dan gorengan. Goreng dengan minyak banyak dan api yang sederhana.Aapabila sudah garing crispy lalu angkat dan tapis minyaknya. Tunggu sejuk sikit. Fuhh..menjadi ranggup rasanya.
Resepi Kulit Ayam Crispy by Jejaka Brownie
Bahan-bahan 1:
(Gaulkan sekali bagi likat)
- 1kg Kulit ayam dicuci dan bilas airnya
- 3 sudu besar Cuka makan
- 1 sudu besar Serbuk Perasa Maggi
- 5 sudu besar Tepung kentang
- 10 sudu besar Tepung gandum
- ½ sudu besar Baking soda ½ sudu besar
- Air 1/3 cawan
Bahan-bahan 2:
(Campurkan sekali untuk coating)
- ½ kg Tepung gandum
- 5 sudu besar Tepung Kentang
- ½ sudu besar Baking soda
- ½ sudu besar Serbuk perasa maggi
- 1 sudu besar Serbuk cili (optional)
Bahan-bahan 3:
- Minyak yang agak mencukupi untuk menggoreng
Cara-caranya:
- Ambil ayam yang telah dicampur gaul tadi dan salut menggunakan Bahan 2 tadi lalu goreng hingga garing. Sajikan dan ratahlah sampai pagi.
Kredit Resepi : Jejaka Brownie
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!