Makanan yang sedap mesti dinikmati dengan rasa gembira dan puas hati sekiranya hidangan itu sungguh lazat, telah membuat kita kenyang dan saiz portion yang memuaskan. Apatah lagi cuba anda bayangkan sekiranya masakan itu kita pulak yang siapkan sendiri. Lagi memuaskan dan mengenyangkan. Cara yang tersendiri, mengikut tekak dan quantity sendiri, lagi puas dan lagi menjimat.
Apa kata kita cuba resepi yang ringkas dan mudah ini. Kita cuba masak Lamb Chop pulak, dengan sos blackpepper. Sesekali makanlah pulak western dish. Bolehlah masak untuk isteri, suami ke, ataupun seisi keluarga juga ye..
Kredit Resepi Limau Nipis
Bahan-bahan Daging:
- 1 keping daging kambing
- 1 sudu besar lada hitam
- 1 ulas bawang putih dicingcang halus
- 1 sudu besar mixed herb/basil/oregano
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sk garam
- 1 sudu besar minyak masak
Resepi sos blackpepper:
- 2 sudu besar mentega
- 1/4 biji bawang besar (dikisar halus)
- 2 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1 sudu besar tepung gandum
- 3 cawan air
- 1/2 kiub pati ayam
- 4 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- herb oregano
- air
Cara-caranya:
- Campurkan semua bahan daging dan perapkan selama sekurangnya 1 jam kedalam peti sejuk
- Panaskan minyak di frying pan dan masak daging lamb chop yang telah diperam tadi
- Terbalekkan lam chop supaya bahagian seterusnya masak dengan api yang sederhana
- Apabila sudah masak dan siap, letakkan lamb chop di pinggan hidangan
Sos Blackpapper:
- Panaskan frying pan dengan api yang sederhana. Masukkan butter
- Masukkan bawang besar kisar, lada hitam kasar, tepung gandum. Kacau rata
- Masukkan sedikit air dan kacau rata. Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata
- Masukkan sos blackpapper, sos tiram. kicap manis dan oregano
- Kacau sehingga sos sebati dan agak pekat. Rasa
- Tuangkan sos keatas lamb chop tadi dan hidangkan dengan sayur pilihan dan side dish keinginan anda
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!