Resepi Nasi Lemak Mudah

Resepi Nasi Lemak Mudah
Makanan masakan Melayu yang mudah untuk kita cari dikebanyakan kedai makanan dan restaurant ialah Nasi lemak. Tidak kiralah waktunya, pagi, petang atau malam, hidangan ini tetap menyelerakan. Nasi Lemak pula ada pelbagai jenis dan cara masakan. Pada masakan nasinya, ada yang menggunakan beras campur yang berderai apabila dihidang, ada pula yang gunakan beras Thailand dan yang dikatakan istimewa pula gunakan beras Basmati. Terpulang kepada selera masing-masing dan tujuan.

Nasi Lemak yang wangi selalunya dihidangkan dengan Ayam Goreng dan Ikan bilis. Bersertakan dengan lauk-lauk lain seperti  lauk lodeh, otak-otak, kacang, ikan bilis dan sebagainya Tetapi yang amat penting sekali untuk menyelerakan penggemar Nasi Lemak ialah Sambalnya tumisnya sendiri. Ramai penggemar Nasi Lemak menikmati hidangan ini dengan sambal yang bergitu banyak.

Resepi Nasi Lemak ini adalah mudah untuk ditiru. Ia adalah Nasi Lemak Utara. Anda boleh hidangkan Nasi ini dengan hidangan kesukaan anda. Beras yang digunakan adalah beras basmati. Mari kta mulakan.

Bahan bahan untuk Nasi Lemak:
  • 3 cawan beras basmati
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1 inci halia dihiris
  • 5 biji bawang merah dihiris
  • 1 ulas bawang putih dihiris
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 sudu makan halba
  • 1 batang serai dititik
  • ¼ sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam dan Gula secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Cuci dan rendamkan beras selama 30 minit. Toskan airnya.
  2. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumiskan halia, bawang merah dan daun pandan sehingga layu dan wangi.
  3. Masukkan air dan santan. Gaul rata dan masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan beras, halba, serai, serbuk kunyit dan garam.
  5. Tanak nasi sehingga kering
  6. Hidangkan dengan lauk kesukaan Anda.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments