Resepi Popcorn Chicken Mudah

Resepi Popcorn Chicken
Yuk kita buat Popcorn Ayam untuk kanak-kanak hari ini. Sesekali masakan mereka ayam ini, mesti dorang happy. Bila sudah masak dan garing, bolehlah siram melted keju atas popcorn ayam ini. Sambil tengok TV dirumah ataupun sambil santai dengan keluarga, memang sedap diratah. Mari kita mulakan.

Kredit Resepi Facebook

Bahan-bahan:
  • 500g dada ayam dipotong kiub
  • 2 biji bawang putih dikisar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan emping jagung dikisar kasar
  • 1 sudu teh serbuk papprika
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • 2 sudu teh mentega
  • 2 biji telur dikacau
  • 3 cawan minyak masak

Cara-caranya:
  1. Masukkan bawang putih, garam, serbuk lada hitam dan dada ayam yang telah dipotong tadi  kedalam satu mangkuk, kemudian gaul sehingga sebati dengan ayam dan perap sekurangnya 30 minit.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, satukan emping jagung, serbuk paprika, sedikit garam dan serbuk lada sulah dan gaul sehingga sebati.
  3. Ambil ayam dan gaulkan di dalam mangkuk yang berisi tepung sehingga ia disalut cukup.
  4. Kemudian celupkan kedalam bancuhan telur dan sadurkan kembali dengan bancuhan emping jagung.
  5. Panaskan minyak dikuali dan tambahkan mentega kedalamnya (biarkan mentega cair).
  6. Apabila minyak sudah cukup panas, goreng ayam sehingga ia matang dan berwarna keemasan.
  7. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan dengan sos chilli atau sos keju.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments