Resepi Rendang Ayam Hijau

Resepi Rendang Ayam Hijau
Pernah tak anda terdengar Rendang Ayam Hijau? Ya, tu dia, warnanya serupa seperti Masak Ungkep. Namun bahan-bahannya ada berlainan. Mari kita tinjau bahan-bahan yang digunakan. Resepi diambil daripa facebook yang dikongsi daripada aplikasi Android.

Kredit Resepi Facebook/ Gambar Hisan Sahaja Dapor Kakjee

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam dipotong, bersihkan dan toskan.
  • 1 paket santan sawit khalis.
  • 4 cawan air
  • 3 keping asam gelugor
  • 2 batang serai dititik
  • 3 senduk nasi kerisik
  • 2 sudu besar gula perang
  • 5 helai daun kunyit dihiris kasar
  • 5 helai daun limau purut - disiat
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:
  • 20 biji cili padi hijau
  • 20 biji cili padi merah
  • 3 labu bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 inci kunyit hidup
  • 6 batang serai – dihiris
  • 5 biji buah keras
  • Air secukupnya.

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak. Gunakan api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata dengan tumisan bahan kisar tadi. Biarkan di atas dapur sehingga ayam kecut.
  3. Kemudian masukkan santan, air, daun kunyit, daun limau purut, serai yang dititik, asam gelugor, gula perang, dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  4. Tambah kerisik dan kacau lagi. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak.
  5. Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul rata. Masukkan juga beberapa biji cili padi yang dititik. 
  6. Kemudian masak sehingga rendang kering ataupun sedikit berkuah. Matikan api.
  7. Angkat dan hidangkan.
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous15:15

    akan say coba dengan ayam kampong. tq resepnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencubanya dan sila share kesudahannya okay? ❤️

      Delete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!