Resepi Rendang Ayam Johor

Resepi Rendang Ayam Johor
Mari kita try Rendang Ayam cara Johor kali ini. Cara masakannya tidak lah rumit sangat. Ikut sahaja resepi tang dibawah ini. Kalau masakan ayam ni memang cepat sikit daripada rendang daging. Kalau ada tetamu yang tidak makan dging lembu, bolehlah anda hidangkan ayam pula. Selamat mencuba.


Bahan-Bahan:
  • 1 ekor ayam, potong , bersihkan dan toskan
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • 2/3 cawan kerisik
  • ½ cawan rempah kari daging
  • 4 helai daun kunyit (koyakkan)
  • 2 helai daun limau purut (koyak2kan) jika sukala
  • 1 sudu besar pati ayam
  • ½ sudu besar gula
  • 4 keping asam keping
  • garam secukup rasa

Bahan Tumis:
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai (titik)
  • sedikit minyak

Bahan Kisar:
  • 12 batang lada kering (rendam air hangat)
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 1 ½ inchi kunyit hidup
  • 1 ½ inchi halia dihiris
  • 1 inchi lengkuas dihiris
  • 4 batang serai dihiris

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak, kemudian masukan bahan tumisan, tumis hingga naik bau  
  2. Kemudian masukkan bahan kisar dengan rempah kari sekali. Masakkan sampai pecah minyak rempah itu.
  3. Masukkan ayam, separuh daun kunyit dan santan cair, kacau rata.
  4. Jika ayam nampak masak dan kuah makin kering masukkan pula santan pekat, pati ayam, gula, asam keping, garam dan kerisek. kaca rata
  5. Pelahankan api, akhir sekali masukkan daun limau purut dan baki daun kunyit tadi. kacau rata dan biarkan kering sedikit.
  6. Matikan api dan hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments