Resepi Rendang Ikan Tenggiri Viral

Resepi Rendang Ikan Tenggiri

Kadang-kadang apabila terfikir pasal masakan rendang, mesti kita terfikir mengenai rendang lembu, rendang ayam ataupun kambing. Sesekali kita cuba yang ringkas pulak. Apa kata kita tukar selera hari ini. Mari kita cuba Rendang Ikan pulak. Resepi ini juga telah diambil daripada FB, ia viral dan sampai kesini. Memang terpukaulah saya tengok gambar ikan diatas tu. Mesti pergi ni.

Masakannya agak bergitu mudah daripada rendang-rendang yang lain. Agak ringkas sebab kita guna ikan tenggiri. Ikannya haruslah digoreng dahulu supaya tidak hancur apabila dimasak nanti. Sila komen, like dan share resepi ini yer. Kepada yang telah mencubanya, sila sudi kongsi sukatan resepi anda disini. Terima kasih semoga sama-sama kita dapat bermanfaat.


Bahan-bahan:
  • Beberapa keping ikan tenggiri goreng .
  • Daun kunyit dihiris
  • Daun limau dihiris
  • Kerisik secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup manis
  • Santan sedikit (agak2 aje)
  • Air asam sedikit (agak2 jgn lah bnyk masam pulak jadinya)
  • Rempah kari ikan babas (agak2 aje)

Bahan kisar:
  • Cili merah + hijau
  • Cili padi merah + hijau (ikut pedas mana nak )
  • Bawang merah kecil
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Ketumbar biji, Jintan halus & kasar
  • Kisar hingga halus .

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan naik minyak .
  2. Setelah itu masukkan rempah kari dan tumis lagi .
  3. Kemudian baru masukkan kerisik serta air asam . Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika .
  4. Perasakan garam, gula melaka, daun limau & daun kunyit .
  5. Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi .
  6. Perlahankan api biar hingga mereneh .
  7. Tutup api .Siap dihidangkan.
Kredit by Laila Aznam

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments