Resepi Satay Madura Viral


Di Indonesia yang berbilang provinci dan daerah, makanan seperti Satay memanglah popular dikalangan antara punduduk tempatan. Satay yang difahami oleh orang local yang bermaksud daging ayam, kambing, lembu dan sebagainya yang telah dirempah, diperap dan dipanggang. Satay ataupun disebut juga sebagai Sate, selalunya dihidangkan dengan sos kacang, walaubagaimanapun tidak semua daerah yang hidangkan dengan cara bergitu.

Satay Madura dapatkan namanya berikut kerana kebanyakan yang jualan Satay adalah daripada kaum penduduk Madura. Mari kita mulai resepinya disini.

Kredit Resepi Dafa TubeHD

Bahan-bahan:
  • 500g dada/peha ayam dipotong panjang
  • 1/2 mangkuk Kacang yang telah digoreng* (haluskan bersama bawang outih)
  • 2 ulas bawang putih yang telah digoreng dibelah 2* (haluskan bersama kacang)
  • 1 sudu makan lada putih
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan petis
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 2 bawang merah besar
  • 1 jeruk limau
  • 7-8 cabei rawit (chilli padi)
  • 1/2 sudu teh garam atau secukupnya
  • Minyak
  • Air
  • Lidi satay

Cara-caranya:
  1. Haluskan 1 ulas bawang putih, lada putih dan garam dengan ulek
  2. Masukkan kicap manis dan minyak secukupnya dan gaul rata
  3. Masukkan ayam potong tadi dan gaul sebati
  4. Bilas lidi satay dan mulan menusuk ayam 3 keping dalam selidi sampai selesai
  5. Panggang Sataynya diatas bara api ataupun grill electric. Campurkan sedikit minyak dan kicap hitam, sapukan sedikit rata diatas ayam dan panggang satay sehingga masak

Bumbu kacang:
    1. Masukkan kacang yang sudah dihaluskan dengan bawang putih tadi kedalam mangkuk
    2. Masukkan petis dan sedikit air masak dan kacau rata
    3. Masukkan kicap manis dan garam secukup rasa. Kacau rata
    4. Tambahkan air mengikut selara kental kuah satay
    5. Hiriskan bawang merah kedalam mangkuk dan kacau. Siap dimakan
    6. Boleh dihidangkan kuah kacang berasingan atau dituangkan keatas Satay
    7. Letakkan cabei rawit dan hirisan bawang diatas hidangan tersebut

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments