Resepi Simple Sotong Masak Hitam


Cari resepi Sotong Masak Hitam ke? Ya, inilah dia hidangan squid ink yang enak dan sedap kalau dicecah sambal belacan. Simple sangat resepi ini. Kalau malas tu susah lah LOL. Anda ingin mencuba untuk belajar masak lauk berkuah ini? Mari kita tengok abg bujang kita.

Resepi yang ditonjolkan diyoutube ni tidaklah rumit ya. Sotong tu pilih yang fresh bila beli dipasar. Jangan lupa cuci dan bilas sotong tu sebelum masak ya. Buang pasir dan bau hamisnya terlebih dahulu.

tahukah anda bahawa apabila memilih sotong untuk dimasak, sotong yang segar tidak berbau hanyir. Sotong segar mempunyai lendir menyelaputi dibadannya

Kalau si bujang rajin dan berdikari untuk pandai memasak, apatah lagi kakak dan ibu disana. Tolong komen sekiranya ada tambahan untuk menyedapkan lagi hidangan ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
  • sotong 4 besar ekor, dicuci, siat dan buang kulit luar, tulang dalam, simpan dakwat hitam (potong saiz bulatan)
  • 1 bawang besar dihiris*
  • 1 siung bawang putih dihiris*
  • 1 kunyit hidup dihiris panjang*
  • 1 batang chilli merah dibelah dua dan dihiris*
  • bahan* boleh dikisar juga
  • lada hitam
  • garam 
  • gula
  • sos tiram
  • chilli paste (optional)
  • chilli sos optional
  • tomato sos
  • kicap

Cara-caranya:
  1. nyalakan api sederhana, panaskan cooking pan dan tuangkan sedikit minyak kedalam cooking pan
  2. masukkan bawang besar dan bawang putih. kacau hingga naik bau
  3. masukkan kunyit hidup dan chilli. kacau bahan
  4. masukkan kepala sotong dan pecahkan dakwat sehingga warna hitamnya keluar
  5. masukkan semua sotong dan kacau rata
  6. taburkan secukup lada hitam, garam, gula dan sos tiram. kacau
  7. masukkan sos tiram, sos chilli dan sos tomato
  8. elakkan masak terlalu lama
  9. tutup api dan sajikan dengan nasi putih

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments