Resepi Sotong Percik Sedap & Viral



Anda sedang mancari resepi sotong ke? Kepada penggemar makanan laut, anda akhirnya sampai juga ketampat yang tepat. Ya, disinilah resepi sotong percik. Sotong percik dengan rasa istimewa dan kaya dengan rempah. Hidangan ini sedap kalau diratah atau dimakan dengan nasi.

Tips: jika memilih Sotong, struktur sotong haruslah pejal dan badannya tidak lembik bila dipeggang. Sotong segar selalunya masih berlendir dan tidak berbau hanyir

Dengan tidak kita berlengah lagi, seterusnya kita mulakan dengan bahan-bahan yang kita perlikan dibawah. So let's begin.

Kredit resepi Youtube dan hak milik Rajin ke Dapur.

Bahan-bahan:
  • 4 -5 ekor sotong 
  • 1 batang serai (dititik)
  • ½ cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa (optional)
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar:
  • 8 tangkai cili kering direbus sebentar
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • Sedikit air

Cara-caranya:
Guna api kuat supaya sotong tak ambil masa lama untuk masak, kalau lama nanti dia mengecut dan liat
  1. Siang dan bersihkan sotong. Kelar sotongnya, kemudian lap dan keringkan airnya. Ketepikan dahulu.
  2. Kisar semua bahan-bahan dengan sedikit air.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali, tumis serai hingga wangi kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga kuah menjadi sedikit matang dan pecah minyak. 
  4. Sesudah pecah minyak, tuangkan santan dan kacau rata. Tunggu hingga ia mendidih.
  5. Seterusnya, masukkan asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan biarkan hingga kuah menjadi lebih pekat.
  6. Setelah kuah menjadi pekat, masukkan sotong tadi. Ratakan kuah dan pastikan kuah melekat pada sotong. (Bahagian ni guna api perlahan ya, masukkan sotong sekejap sahaja tak sampai 1 minit lepas tu terus tutup api). -Sebabnya tak mahu sotong terlebih masak lagi.
  7. Sediakan non-stick pan, Masukkan sotong satu persatu. Bakar hingga kuah yang ada pada kulit sotong menjadi sedikit kering, balik-balikkan sotong supaya tak hangus. (Guna api kuat supaya sotong tak ambil masa lama untuk masak, kalau lama nanti dia mengecut dan liat). 
  8. Matikan api, siap untuk disajikan bersama lebihan kuah yang dimasak tadi. 

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments