Sesekali kita cuba makanan Jepun pulak. Ika Teriyaki ataupun Sotong Teriyaki ini selalunya dinakan sebagai side dish dikalangan orang Jepun. Masaknya mudah da ringkas sahaja. Apabila beli aja sotong di pasar tu, pilih yang segar. Warna jangan terlalu gelap sotong tu. Dalam video ni pun sotongnya tak segar sangat. Kalau yang segar warna badan sotong selalu keputihan dan bintik-bintik tidak terlalu ungu.
masakan sotong teriyaki ini boleh juga kita makan dengan pulut Jepun. sedap juga kalau dicecah dengan mayonaise sebagai makanan sampingan. Nak rasa kick lagi? taburkan lagi serbuk shichimi
Resepi masakan kali ini adalah daripada chef Jepun. Bahan-bahan senang dapat dan mudah dimasak. Mari kita ikuti resepinya. Yuk kita tukar selara pula hari ini.
Bahan-bahan:
- 2 ekor sotong segar, disiang, buang tulang dan kotoran dalam
- 2 mangkuk kecil sos teriyaki
- 2 sudu besar bawang putih yg dicincang
- 2 sudu besar minyak masak
- 1 sudu besar butter
- 1 /2 sudu serbuk Shichimi
- daun ketumbar untuk hiasan
- biji bijan (optional)
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak kedalam kuali
- Letakkan sotong dan masak dengan api sederhana
- Masukkan butter dan bawang putih. Kacau balekkan sotong
- Masukkan sedikit serbuk shichimi, kacau dan masak sehingga soton masak
- Angkat sotong, belah ikut cara anda dan letakkan diatas pinggan
- Tuangkan sos yang lebih daripada pan dan hiaskan dengan taburan bijan (optional) dan daun ketumbar. Sajikan panas-panas
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!