Resepi Sup Ayam Segar Mudah

Resepi Sup Ayam Segar
Kanak-kanak kalau dapat hirup sup ayam ni, laju aja, segar sekali, nak-nak kalau dicampur lagi dengan macaroni, mesti mereka selera. Simple, tak payah susah-susah pening kepala nak kena pujuk anak pasal makanan lain, dan sedap bila sudah lapar.

Sup Ayam boleh dikatakan makanan yang mudah diterima ramai. Hidangan segar ini amat sesuai untuk seperti orang yang kurang selera makan, tidak sedap badan ataupun juga untuk bayi dan kanak-kanak yang baru belajar untuk makan makanan yang berkuah. Kalu yang dewasa pula, sesuai kenakan hidangan ini dengan cili kicap.


Cara masakan tidak sukar. Campak sahaja semua bahan kedalam periuk, tumis sikit bahan yang lain dan campurkan semua seterusnya. Hidangkan panas-panas bersama nasi panas atau pasta. Mari kita cuba resepi mudah berikutnya.

Kredit Resepi Resepi sedap FB

Bahan ditumbuk:
  • 3 ulas bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.

Bahan lain:
  • Ayam setengah ekor dipotong saiz sederhana
  • 1 sup bunjut
  • 2 sudu makan minyak
  • Garam secukup rasa
  • 1 kiub ayam
  • Daun sup/bawang
  • Cili padi 4 biji dititik

Bahan Tumis darat (Tumis asing)
Dipotong halus 👇
  • 2 uals bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • Rempah 4 sekawan

Cara-Caranya:
  1. Panaskan minyak diperiuk dengan api sederhana. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan ayam, air, sup bunjut dan kiub pati ayam sehingga mendidih.
  3. Kuali asing tumis bahan tumis darat sehingga keperangan. Tuang dalam sup ayam yang mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa dan cili padi.
  5. Tutup api dan masukkan daun sup/bawang.
  6. Sajikan dengan nasi atau Macaroni.
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments