Spicy Kampung Chicken Rendang Chef Wan

Spicy Kampung Chicken Rendang Chef Wan


Rendang ada berbagai cara masakan dan pengaruh masakannya. Dari Budaya Minang ia ke Malaysia dan terus ke Singapura, masakan rendang amat digemari ramai sampailah ke hari ini.

Tidak kiralah darimana masakan caranya berasal dan pengaruh bermula, hidangan rendang tetap menjadi pilihan apabila datangnya hari perayaan.

Kredit Resepi Chef Wan

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam kampung dipotong 12
  • 8 ulas Bawang putih*
  • 10 Bawang merah shallot*
  • 3 inci Halia dihiris*
  • 4 batang Serai dihiris*
  • 3 inci Lengkuas dihiris*
  • 6 Chilli merah dihiris*
  • 12 Chilli kering direndam dan tos airnya*
  • 3 Buah Keras (optional)*
  • 2 lembar Daun kunyit dihiris
  • 6 lembar Daun limau purut
  • 1 mangkuk kerisik basah
  • 1 1/2 litre Santan dari 1 kelapa
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Cara-caranya:
    1. Kisar bahan* sampai lumat dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dikuali dan tumis bahan kisar, masukkan daun limau purut hingga naik bau.
    3. Masukkan ayam dan biar ia kecut sebentar.
    4. Masukkan hirisan daun kunyit dan gaul sebati.
    5. Masukkan santan kedalam rendag dan kacau rata. Masukkan garam secukupnya. 
    6. Masukkan kerisik dan gaul rata.
    7. Biarkan ia masak seketika sehingga rendang pekat dan terbit minyak.
    8. Apabila sudah masak, sajikan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments