Asam Pedas Pari Daun Kesum

Asam Pedas Pari Daun Kesum
Ikan Pari kalau dimasak lauk Asam Pedas memang lah sedap sekali. Asam pedas memang lazat kalau dicampurkan dengan daun kesum dan bunga kantan. Lepas tu dihidangkan pulak dengan potongan timun, urap segar dan juga sambal belacan mangga. Memang power lauk berkuah segar, meletup ranggup sayur yang dicampur dan enak sekali bila kuahnya dihirup.

Selain ikan pari, resepi ini juga boleh digunakan ikan yang lain seperti ikan duri, ikan merah, ikan selar dan sebagainya. Selamat mkencuba.

Resepi Kredit Sue Ninie.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • Ikan Pari dicuci, direndam air asam dan dipotong
  • 1 biji tomato potong 4
  • 10 Bendi dicuci
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2-3 tangkai daun kesum
  • 3 cawan air
  • 20 tangkai cili kering direbus*
  • 2 bji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Lengkuas saiz ibu jari diketuk
  • Serai sebatang dititik
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • Minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Kisar bahan* dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan wangi.
  3. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  4. Masukan serai dan lengkuas.
  5. Masukkan ikan, daun kesum dan bendi. Biarkan sehingga mendidih.
  6. Masukan garam serbuk perasa gula sedikit.
  7. Masukkan tomato dan perlahankan api. Biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments