Kari Kambing Pekat dan Sedap



Hari ini kita akan cuba tinjau masakan India yaitu, Kari Kambing Kalambu. Hidangan Kari Kambing ini pekat dan sesuai kepada penggemar daging kambing. Kalambu adalah masakan Tamil dan Sri Lanka Tamil yang bergitu popular di mkalangan masyarakat mereka.

Di resepi ini, anda boleh menggunakan bahagian daging. vampuran tulang ataupun bahagian rusuk kambing. Dagingnya direbus dahulu setengah masak. Kemudian ia akan dicampur kedalam tumisan dan bersertakan rempah yang laim. Selamat mancuba.

Mari kita ikuti video daripada pemasak berikut.

Resepi Kredit Cooking With Saras

Bahan-bahan:

  • 2 kg daging kambing yang telah direbus setengah masak
  • 1 sudu besar halba campuran*
  • 1 sudu besar jintan*
  • 4 bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 2 kayu manis*
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 bawang merah besar dihiris
  • 1 sudu besar bawang putih halus
  • 1 sudu besar halia halus
  • 2 tomato dipotong kasar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • garam secukup rasa
  • 2 1/2 senduk kari daging
  • air daging secukupnya (tanpa minyak)
  • minyak secukupnya

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukan bahan tumisan*. Seterusnya masukkan daun kari dan bawang hirisan besar dan tumis sehingga bawang layu dan naik bau.
  2. Masukkan bawang putih dan halia. Kacau sebentar.
  3. Masukkan potongan tomato dan kacar rata. 
  4. Masukkan daging kambing yang telah direbus terlebih dahulu. Kacau rata.
  5. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih,
  6. Masukkan garam secukup rasa, Kacau rata. Tutup sebentar selama 5 minit.
  7. Masukkan kari daging dan kacau rata. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
  8. Biarkan ia mendidih dan masak hingga daging empuk. 
  9. Siap untuk disajikan bersama nasi atau roti.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments