
Kalau lapar kat rumah tu yang paling senang nak isikan perut apa ya? Jawapannya adalah, tidak lain dan tak bukan, goreng nasi. Ya tepat sekali. Kalau dah malam, penat balek kerja, mana besok nak bangun pagi lagi, so shortcutlah, apa yang kita jumpa kat peti ais tu, semua campak jer di kuali, terus siap Nasi Goreng Ikan Bilis.
Takkan nak masak rendang kambing kan? Ataupun nasi bukhari? Tak lah, kita tau tu semua memakan masa. Bukak periuk, nampak nasi belen tu, kaup, standby bahan, masak untuk kawan kau yang malas tu haha, then ok. Mari kita mulakan resepi Nasi Goreng Ikan Bilis.😁
Resepi Kredit miya aira via mahn
Bahan-bahan:
- Nasi putih untuk 4 orang
- Segenggam ikan bilis
- 3 biji telur
- Sayur (Boleh gunakan kacang panjang dan karot (dipotong dadu) kalau nak gunakan kangkung, atau sayur lain boleh juga. Kalau tak suka sayur tak payah gunakan.
- Udang kering dua sudu kecil* (rahsia penyedap )
- 5 ulas bawang merah*
- 3 ulas bawang putih*
- Cili padi* (ikut suka selera kepedasan)
Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak dikuali dan masukkan telur. Kacau biarkan telur menjadi hancur dan sedikit kasar. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Panaskan lagi sedikit minyak dikuali. Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat, toskan minyak dan diketepikan.
- Gunakan minyak ikan bilis tadi (ni tips penyedap tau) dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga hampir layu.
- Masukkan garam, serbuk perasa dan masukkan sayur. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan nasi putih dan kacau sebati. Deraikan nasi dengan sudip supaya nasi tak berketul.
- Akhir sekali masukkan telur dan ikan bilis yg kita goreng tadi. Gaul nasi. sayur dan campuran sebati. Siap dan matikan api.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!