Nasi Kerabu Istimewa Nenek

Nasi Kerabu Nenek
Kalau tak cuba resepi ini memang rugi. Untuk penggemar memasak, kita cadangkan agar anda mencuba resepi yang kita dapati daripada Facebook ini. Nasi Kerabu dengan warnanya kebiruan, urap, budu, ikan sambal dan keropok, kenalah dengan waktu berbuka puasa nanti. Rasanya unik, sedap dan sungguh istimewa.

Kalau nak dapat hidangan serbegini tidaklah mudah. Hanya di beberepa tempat aja yang munjual hidangan ini. Melainkan di waktu Bulan Puasa lah, yang berniaga di bazaar tu lah yang kita harapkan. Yuk kita mulakan resepi ini. Buat sendiri lagi puas 😍 kan?

Resepi Kredit afifi pauzi via mahn Resepi Menarik

Bahan & Cara masak nasi:

  • 1kg beras dan air secukupnya
  • bunga telang blend dgn sdikit air kemudian tapis @ boleh je guna pewarna biru
  • masak nasi seperti biasa

Bahan & Cara tumis Budu

  • 4 ulas bwg putih,6 ulas bwg merah,1 labu bwg besar, 1 inci halia, 2-4 btg serai dan cili kering 
  • ( blend semua bahan diatas)
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 botol kecil budu
  • 1 keping manisan
  • 2 keping asam keping
  • tumis bahan blend sampai masak, masuk budu dulu baru masukkan santan, manisan dan asam keping. Kemudian masukkan garam, 1 sudu gula dan ajinomoto. kacau smpai dia pekat.

Bahan & Cara masak Sambal Ikan

  • 1/2 kg ikan, direbus terlebih dahulu, sejukkan kemudian dibuang tulangnya.
  • Masukkan ikan tadi dalam kuali tanpa minyak, kemudian masukkan serai yg dihiris halus dan sedikit gula. Kacau smpai btul2 kering.

Bahan & Ulam

  • Bunga kantan, kobis, daun samak, daun kesum (blh je letak ulam ape yg uolls suka)
Pelengkap nasi kerabu
Ayam bakar/ goreng, keropok, solok lada,telur masin dan sambal. Yummy 😋😋 Selamat mencuba

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    1 Comments

    1. Anonymous22:27

      Malay food is always the best!

      ReplyDelete

    🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!