
Alangkah bestnya kalau suami kita masakan Nasi Lemak untuk serapan pagi. Memanglah indah dan bahagia rumah tangga ya? Sesekali Apa salahnya, ditambah pula dengan lauk special, iaitu Sotong Sambal. Sampai menjilat jari nanti. Apa taknya, memang boleh dikatakan sekawanlah lauk Sambal Sotong dengan Nasi Lemak.
Sebenarnya tidak susah dan remeh nak masak nai lemak ni. Dengan bau harumnya pandan dan hidangan lain seperti rendang ataupun otak-otak kampung, itu yang akan membuat kita nak tambah lagi lauk pauk lain untuk hidangan Nasi Lemak. Resepi kali ini dimuatkan daripada Facebook. Mari kita tinjau bahan-bahan berikut.
Resepi Kredit Resepi Menarik
Bahan-bahan Nasi Lemak:
- 4 cawan beras
- 4 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 1 batang serai besar dititk
- 3 cm halia di potong nipis
- 2 ulas bawang merah dipotong kecil
- 10 biji lada hitam
- 3 helai daun pandan disimpul & ikat
- 1/2 sudu kecil garam secukup rasa
Cara memasak Nasi Lemak:
- Kupas semua bawang dan halia serta dipotong nipis-nipis.
- Basuh beras yang diletak dalam periuk nasi dan masukkan air serta santan, masukkan serai, halia, biji lada hitam, bawang merah dan daun pandan serta garam.
- Kacau bagi mesra semua bahan dan masak nasi seperti biasa guna periuk letrik.
Bahan-bahan Sambal Sotong:
- 1 kilo sotong segar dipotong
- 2 biji bawang besar dipotong nipis-nipis
- 3 sudu besar gula - boleh ditambah atau kurang
- Garam
- Air asam jawa secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
Bahan dikisar halus:
- 10 biji cili kering - boleh ditambah
- 5 bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 cm belacan - dibakar/grill
Cara memasak Sambal Sotong:
- Bersihkan sotong dan dipotong. Kemudian toskan airnya dan ketepikan dulu.
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sampai naik aroma, seterusnya masukkan gula, asam jawa dan garam. Tumis sambal sampai matang dan terbit minyak.
- Masukkan sotong, bawang besar dan terus kacau lagi sehingga semua bahan menjadi mesra dan bila sudah masak boleh la tutup api.
- Tidak perlu tambahkan air ke masakan kerana sotong akan mengeluarkan sedikit airnya sendiri. Pastikan sambal cukup semua rasanya. Anda boleh tambahkan gula berlebihan supaya seimbang rasa pedas sambal.
- Elakkan memasak sotong terlalu lama supaya ia tidak akan jadi liat. Kacau sambal sampai sotong nampak layu dan boleh matikan api.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!