Resepi Asam Pedas Melaka Asli

Resepi Asam Pedas Melaka Asli
Kenapa agaknya kalau orang pergi Melaka tu mesti mereka nak cuba masakan Asam Pedas? Sedap sangat ke? Itulah yang tertanya-tanya pada fikiran saya. Lalu saya dapat recommendation daripada kawan, bahawa di Singapura juga ada masakan Asam Pedas serupa Melaka. Masakan nya boleh didapati di daerah Gim Moh, Block 19. Saya pon cuba lah. Oh, not bad, time tu saya order sendiri, yang saya order adalah set. Puas lah. Sebenarnya set itu untuk dua orang, tetapi ter-order untuk sorang. Terpaksalah tunjuk skill gagah makan seorangan.

Asam Pedasnya dihidangkan didalam Claypot, ikan masin dan sambal goreng. Ok, tu perkara yang lepas  ya ibu-ibu dan kawan-kawan, tetapi sekarang kita akan masak pula lauk asam peadas yang kita idamkan. Resepi ini telah ditungkil daripada Fb. Yuk kita tinjau.

Resepi Kredit The Makan

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 2 cm halia*
  • 1 mangkuk cili kering kisar - boleh letak lebih*
  • 3 cm belacan - Liza guna 1cm je*
  • 2 cm kunyit hidup*
  • 1 sudu besar lada hitam*
  • (blend semua bahan*)
  • 3 batang serai - dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum + bungan kantan
  • Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit.
  2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan serai yang telah dititik. Tumis sehingga garing dan naik minyak.
  3. Apabila tumisan sudah nampak garing, masukkan gula sebanyak 1 sudu teh. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  4. Kemudian masukkan ikan, kacau sedikit dan masukkan air asam jawa.
    (banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan anda utuk buat kuah tu pekat ke cair).
  5. Seterusnya masukkan bendi oataupun terung.
  6. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih
  7. Matikan api dan sajikan.
/>
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Saya dah Cuba ...memang sedap...terbaik....terimakasih kongsi resepi...semoga Allah murahkan rezeki anda

    ReplyDelete
  2. Anonymous04:26

    Resepi memjadi. Sedap. Rugi tak cuba.

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!