Resepi Ayam Goreng Merah Mamak

Resepi Ayam Goreng Merah Mamak
Okay kita tak mau ribut-ribut pasal nak buka/ifter makanan apa pulak nanti. Mari kita cadangkan yang special, iaitu Ayam Goreng Mamak. Kalau yang sudah masak nasi Briani tu, siapkan kari semangkuk, lepastu tambah aja ayam goreng merah mamak ini. Suksess. Da tak payah pening kepala ok. Yuk kita mulakan resepi berikut.


Kalau tak pakai nasi briani pon ok juga. Nasi putih pun sesuai juga. Janji selera rasa kita ada, semuanya beres. Selamat mencuba. Nanti kalau sudah try ni resepi, tolong komen sikit please. Terima kasih.

Resepi Kredit Resepi Menarik

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam dipotong suka hati 8-10 potongan
  • 6 sudu makan tepung jagung
  • 6 sudu makan tepung beras
  • 3 tangkai daun kari

Bahan untuk dikisar:
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 sudu makan rempah kari
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu makan serbuk lada sulah

    Cara-caranya:

    1. Ayam dicuci dan dipotong saiz kesukaan anda. Toskan airnya.
    2. Kemudian perap ayam degan bahan yang dikisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari sekurangnya 1 jam. Perap lagi lama lagi sedap.
    3. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga matang dan masak. 
    4. Angkat dan toskan minyak. Siap. Selamat mencuba.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments