Resepi Ayam Percik Power

Resepi Ayam Percik Mudah
Kalau kita ke Bazaar Ramadan, mesti ternampak Ayam Percik yang dijual dengan asapnya yang naik ke udara, disebabkan bara yang digunnakan untuk memanggang. Biasanya Ayam Percik ni dijual pada waktu sambut keramaian ditepi-tepi kemah untuk juadah berbuka. Ayamnya pula dipanggang dengan bergitu teratur, menimbulakn lagi selera pembeli apabila melihat makanan yang mereka tunggu.

Bahan Ayam Percik yang digunnakan ada kalanya berbeza rempahnya, terpulang kepada yang marinate Ayam tersebut. Selalunya ayam yang digunakan adalah bahagian Kepak ataupun bahagian Peha. Memang sedap lah kena rasa makanan ini terutama bila ia masih panas. Jom kita cuba masak sendiri pula hari ini.

Kredit Resepi Resepi Masakan Melayu
Kredit Gambar Hiasan boo lee

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 2 Ketul Peha/Punggung Ayam 
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 8 bawang merah dihiris
  • 1 batang serai 
  • 1 inci halia 
  • 1/2 biji kelapa buat jadi 1 cawan santan 
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 batang serai diketuk
  • gula secukupnya
  • garam secukupnya

Cara-caranya:
  1. Bersihkan ayam dan toskan. 
  2. Masukkan semua bahan ke dalam kuali dan masak sehingga mendidih
  3. Masak, kacau rata sehingga kuah pekat dan pecah minyak
  4. Angkat ayam dan bakar secara berasingan sehingga nampak garing sambil percikkan.
  5. Apabila ayam mulai sedikit keperangan, lumur bahan kuah di serata permukaan ayam dan bakar seketika. 
  6. Terbalikkan ayam dan lumur kuah lagi secara berulang ulang di kedua dua belah ayam.
  7. Sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous13:11

    sedap kalau pakai kepak...powerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya silakan! Jangan lupa share dan tolong viralkan resepi ini!

      Delete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!