Resepi Briyani Ayam Set Special

Resepi Briani Ayam Set
Anda ada tetamu yang akan datang ke rumah ke? Apa kata kita sediakan Nasi Briyani Ayam untuk mereka. Siap lah Set Briyani disini. Nasinya, Ayam Briyani dan Acar. Hidangan ini adalah diantara makanan yang cukup untuk mengisi selera tetamu anda.

Dengan resepi yang disediakan, mudah-mudahan kita dapat sama-saman bermanfaatkan pengetahuan bersama. Sesuai juga untuk juadah Hari Raya ataupun berbuka Puasa nanti. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Resepi Menarik

Bahan Nasi Briyani:

  • 4 cawan beras basmati - (cuci bersih, rendam 30 minit & toskan)  
  • ¼ cawan susu cair
  • 6 cawan air biasa
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • 3 ulas bawang putih dikisar
  • ½ inci halia tua dikisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 3 sudu besar minyak masak 
  • 1 pokok daun saderi - patah-patahkan 
  • 1 pokok daun bawang - patah-patahkan 
  • 1 tangkai daun pudina - patah-patahkan 
  • ¼ cawan kismis - goreng dan toskan minyaknya 
  • ¼ cawan gajus - goreng dan toskan minyaknya 
  • segenggam bawang goreng 
  • Pewarna oren dan kuning

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi.
  2. Bila telah panas, tumiskan bahan-bahan kisar dan rempah tumis hingga naik aroma.
  3. Kemudian masukkan susu cair, air dan beras. Tambahkan sedikit garam. Diaduk sebati.
  4. Apabila sudah mendidih kacau lagi dan tutup periuk.
  5. Bila air nasi sudah kelihatan kering lubangkan nasi dan titiskan pewarna oren & kuning berselang seli . 
  6. Taburkan atasnya dengan gajus dan kismis yang digoreng tadi bersama daun saderi, daun bawang, bawang goreng dan daun pudina. Tutup periuk.
  7. Agak-agak nasi hampir tanak, buka tudung periuk dan gaul sebati dengan bahan-bahan tadi.
  8. Masak nasi hingga tanak dan sebelum dihidang buanglah segala macam dedaun tadi.

Bahan Briyani Ayam:

  • 1 kg ayam fresh - potong ikut suka
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar dadu kecil
  • 3 ulas bawang putih tumbuk lumat
  • ½ inci halia muda tumbuk lumat
  • 1 paket kecil rempah beriyani faiza
  • 2 biji tomato dadu kecil
  • 2 biji kentang potong 8
  • 1 batang lobak merah potong ikut suka
  • rempah tumis 4 sekawan
  • 1 pokok daun pudina - ambil daunnya
  • ¼ cawan yougart
  • air secukupnya
  • 1 kiub ayam
  • garam secukupnya

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit serbuk. Goreng separuh masak, ketepikan.
  2. Dengan lebihan minyak tadi tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan tomato dan kacau sebati. Masak lagi.
  4. Masukkan rempah beriyani dan kacau sebati. Bila naik bau masukkan yougart dan air.
  5. Masukkan juga lobak dan kentang.
  6. Bila lobak dan kentang mulai empuk masukkan kiub ayam dan ayam yang sudah digoreng tadi, kacau sebati. Tutup kuali dan perlahankan api supaya ayam dan lainnya masak dengan mesra.
  7. Masukkan daun pudina, kacau lagi dan rasakan masinnya.
  8. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan..

Bahan Acar:
  • ½ biji nenas - buang empulur, potong kecil
  • 1 biji timun - buang empulur potong panjang
  • 1 biji lobak merah - potong panjang halus
  • 1 biji bawang merah - belah 4 dan hiris
  • 2 batang lada merah - hiris
  • 3 sudu besar cuka - saya guna cuka kurma
  • garam
  • gula
  • sedikit air panas

Cara-caranya:
  1. Masukkan lada merah dan bawang besar dalam mangkuk. Tambahkan garam, cuka kurma, garam dan gula. Masukkan juga air panas. Kacau sebati.
  2. Masukkan nenas, timun dan lobak merah dan gaul merata dengan bahan-bahan tadi.
  3. Rehatkan dahulu sebelum dihidang.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments