Resepi Bubur Lambuk Johor

Resepi Bubur Lambuk Johor
Kalau Bulan Puasa aja, nanti timbul lah hidangan Bubur Lambuk. Di masjid selalunya banyak juga orang beramal sedekahkan bahan-bahan dan juga tenaga demi untuk orang-orang yang akan berbuka nanti. Persiapannya teratur terutama di Masjid serta Surau, sekeliling bersih dan kegiatannya bergitu meriah, Dengan periuk belanga yang besar, sendok kayu yang panjang, selera dan bersemangat betul kalau menjelang Ramadan yang akan tiba.

Teringat yang akhir sekali saya makan bubur lambuk ini adalah pada waktu solat Jumaat di Masjid Haji Md Salleh, geylang road, ketika tu sebelumnya wabak Covid-19 merebak di akhirnya bulan February 2020. Sempat pula mereka yang isikan perut dengan hidangan ringan ni. Semoga yang halalkan hidangan itu murah rezeki dan berkat beramal ibadah. Yuk kita dapatkan resepi seterusnya.

Resepi Kredit Cara Resepi

🖨️Print
Bahan-bahan:

Bahan A : Blend semua
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • 1 camca teh lada hitam
  • 1 genggam udang kering
Bahan B:
  • 1 cawan beras (cuci serta toskan)
  • 10 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 helai daun pandan disimpul 
  • 2 batang serai diketuk 
  • 1 sudu besar penuh rempah kurma Babas* (nak lagi sedap campur dengan rempah beriani)
  • 1 kiub ayam
  • 1 sup bunjut
  • 1 cawan sayur campur (lobak. jagung, kacang pis)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Kunyit sikit (optional)
  • Garam secukup rasa
  • Isi ayam atau daging
Bahan C : Hiasan
  • Hirisan daun bawang
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Hirisan telur dadar (optional)
  • Serunding daging atau serunding ayam (optional)
  • Telur masin (optional)
  • Kobis jeruk (optional)
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sambal kicap (optional)

Cara-caranya:

  1. Di bekas yang sederhana, satukan semua bahan yang telah dikisar tadi bersamaan rempah*.
  2. Kacau sebati sehingga menjadi pes. Ketepikan seketika.
  3. Panaskan minyak di kuali ataupun periuk, tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, serai hingga naik aroma. 
  4. Masukkan pes rempah yang kita asingkan tadi. Kacau sehingga terbit minyak. 
  5. Seterusnya, masukkan beras, gaul rata dan masak seketika.
  6. Masukkan air ke dalamnya. Kemudian masukkan daun pandan, kiub ayam, sup bunjut, isi ayam ataupun daging. 
  7. Kacau rata dan biarkan masak sampai beras kembang menjadi bubur. 
  8. Apabila bubur mula mengelegak, masukkan sayur-sayuran, garam dan serbuk lada hitam. 
  9. Akhir sekali, masukkan santan dan jika suka cair sila tambah air sikit. Rasa.
  10. Siap untuk dihidangkan bersama bahan-bahan hiasan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments