Resepi Bubur Lambuk Ramadan


Bubur Lambuk memang ada berbagai cara masakan dan rasanya. Ia popular di Malaysia dan Singapura yang disediakan di wasjid-masjid dan surau merata. Selalunya persiapannya telah dimulakan lebih awal lagi untuk jemaah dan juga mereka yang datang berterawih sambil berbuka pada waktu magrib.

Dengan rasanya yang senang diterima ramai, pilihan bubur adalah yang diutamakan setelah satu hari orang Muslim berpuasa. Mari kita ikuti resepi bubur lambuk tang mudah ini daripada Seminit Resepi. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Seminit Resepi

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 5 biji bawang putih dihiris halus
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 250g daging kisar (ataupun ayam)
  • 1 batang lobak dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 200ml santan pekat
  • 2 cawan beras
  • 1 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 1 ketul Kiub pati ayam
  • Rempah kasar
  • Air (5 kali ganda beras)

Cara-caranya:

  1. Dimulakan dengan menumis rempah kasar dan diikuti dengan bawang dan halia yang dihiris halus. Tumis sehingga naik wangi.
  2. Seterusnya masukkan daging kisar dan kacau sekurangnya 2 minit. Kemudian masukkan lobak dan kentang yang telah dipotong dadu. 
  3. Setelah 2 minit, masukkan pula beras dan gaul rata. 
  4. Kemudian masukkan air secukupnya (sekurangnya 5 kali ganda beras).
  5. Bila sudah menggelegak, masukkan lada hitam, kiub pati ayam, garam dan lada sulah.
  6. Apabila beras sudah menjadi bubur, masukkan santan pekat dan tambah air jika perlu. 
  7. Sedia dihidang. Selamat berbuka.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments