Resepi Daging Kurma Kenduri

Resepi Daging Kurma
Teringin cuba memasak Daging Kurma hari ini? Memang tepat pencarian anda. Teknik dan masakannya ada berbagai cara, terpulang kepada tukang yang masak dam pengaruhnya. Rasa korma adalah berdasarkan campuran rempah termasuk kisaran ketumbar dan jintan putih. Jadi, bagaimana pun cara masakan Kurma itu, maka tidak bergitu ketara berbeza dan tak akan larilah rasa hidangan ini.

Yuk kita mulakan resepi dan bahan-bahannya. Hidangan ini sesuai dengan masakan lauk kenduri dan Nasi Minyak. Boleh juga diganti dengan daging ayam.

Kredit Gambar Hiasan Cookpad Lely

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1/2 kilo daging
  • 2 sudu besar Rempah Kurma
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan air
  • 2 kuntum Bunga lawang
  • 2 kuntum Bunga Cengkih
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 3-4 biji Buah pelaga
  • 1 inci Halia
  • 5 ulas Bawang Merah
  • 5 ulas bawang Putih
  • 3-4 biji Cili Merah dan hijau
  • 2 biji Ubi Kentang
  • 1 keping asam gelugur
  • garam
  • 1 senduk kecil minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Potong daging dengan ukuran agar 1 inci.
  2. Bawang merah, bawang putih, ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.
  3. Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.
  4. Masuk kan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.
  5. Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masukkan air.
  6. Masukkan juga daging dan asam keping.
  7. Masak hingga mendidih dan kemudian masukkan santan.
  8. Masak hingga daging dan ubi lembut dengan api yang sederhana.
  9. Setelah ubi dan daging lembut, masukkan garam dan siap untuk disajikan.
  10. Ada orang suka kuah kurma yang pekat dan ada yang suka cair. Saya lebih suka yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. 
  11. Kalau suka pekat boleh masak lama sikit sebab lama-lama nanti apabila minyak sudah naik, ia akan menjadi pekat. Kalau suka berkuah, bolehlah tambah air sikit dan didihkan dengan api besar sekali lagi.
→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous10:44

    sdah try! sedap. saya gunakan daging kambing. lepastu kuahnya saya adjust sedikit. masakan ni kalau berjuah memang selera keluarga. thanks!

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!