Resepi Ikan Cencaru Bakar Berempah

Resepi Ikan Cencaru Bakar Enak Banget
Cencaru kalau dibakar, dipanggang, ataupun bbq memang top, sedap sekali. Ada orang kata, cencaru nanti apabila dipanggang biar sampai ranggup dan hampir hangus, api baranya mesti nak kuat supaya dalamnya masih ber-jus. Itu lah rasia yang tiba-tiba timbul kalau cakap pasal makan ni. Bila sudah lapar, semua tetiba manjadi Chef (termasuk lah saya).

Rasa Ikan Bakar ini berperisa pedas, masam dan manis. Jika anda inginkan masam lagi, sila tambahkan lagi jus limau kasturi. Resepi ini telah didapati daripada facebook, yang dikongsi oleh Cik Amy. Katanya resepi ni bahawa belia telah mempelajarinya daripada seorang Indonesia dan telah di-edit. Yuk kita mulakan.

Resepi Kredit Cik Amy

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • Ikan cencaru 4 ekor dibelah.
  • 2 batang serai*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 sudu makan biji ketumbar*
  • 8 biji cili padi*
  • 2 biji cili besar merah*
  • 7 sudu kicap lemak manis ABC*
  • 2 sudu gula*
  • Sebiji buah keras*
  • Garam secukup rasa*
  • 1/2 sudu makan Lada putih *
  • Sebiji Jus limau nipis atau limau kasturi*

Cara-caranya:

  1. Blender semua bahan-bahan bertanda*. Ketepikan.
  2. Bakar ikan dengan kuali atau pembakar bbq. 
  3. Semasa membakar ikan, sapu rempah yang dikisar tadi atas ikan dengan menggunakan serai. 
  4. Tutup ikan dengan penutup. Seterusnya, buka penutup, sapu lagi ikan dengan rempah sekurangnya 3 kali.  
  5. Apabila ikan agak sudah sparuh masak, sapu lagi rempah supaya rempah meresap kepada ikan.
  6. Selelpas ikan masak, angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous10:40

    yum...sedap ni nak try! kalay bakar atas daun pisang kan sdap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikannya jangan lupa belah dan buka seperti gambar diatas tu. memang sedap. selamat mencuba geng!

      Delete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!