Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Resepi Ikan Cencaru Sumbat
Tak tau nak masak apa dengan Ikan Cencaru tu? Mari kita cadangkan. Masak Cencaru Sumbat pula hari ini. Senang dan ringkas sahaja. Tak payah susah-susah nak fikir sampai kepala runsing. Sediakan bahan-bahannya yang mudah tu, lumatkan dan sumbat jer dalam ikan tu, lepas tu goreng ataupun panggang atas kuali.

Kalau nak lagi authentic, salut ikan tu dengan daun pisang, ketipkan dengan lidi toothpick, bakar dengan senyuman tak terhenti. Siap dan terus rentap ikan yang dasyat itu. Nak makan nanti perah limau kasturi sikit, dan yang rajin lagi nak pergi jauh rasanya, cecah sikit dengan cincalok. Pergi maha pergi beb. Selamat mencuba.

Kredit Resepi Resepi Masakan Melayu
Kredit Gambar Hiasan Facebook

🖨️Print
Bahan-Bahan:  

  • 2 ekor ikan cencaru
  • 2 biji cili merah (ditumbuk)
  • 10 biji cili api (ditumbuk )
  • 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 biji limau kasturi
  • Sedikit belacan
  • Garam secukup rasa
  • Daun Pisang (jika ikan dipanggang)

Cara-caranya: 

  1. Cuci ikan, belahkan belakangnya dan lumurkan sedikit garam.
  2. Tumbukkan cili merah, cili api dan belacan dan sedikit garam (jika suka)
  3. Setelah lumat masukkan bawang besar yang telah dihiris dan ditumbuk sedikit.
  4. Perahkan limau kasturi dan digaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam ikan.
  5. Goreng ataupun balut ikan dengan daun pisang dan panggang sehingga masak. (Bakar dalam pemanggang ajaib atau oven. Boleh juga gunakan kuali non stick.)
  6. Sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Sangat bermanfaat boss!!
    Terimakasih sdh share resepnya :)

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!