Resepi Ikan Kakap Stim ala Cina


Mari kita mulakan masakan Ikan Stim Ala Hong Kong, iaitu Ikan Kakap Merah Stim ala Cina. Segar dan dengan isinya yang manis, dikukus dengan bahan mudah, pasti anda akan puas dan tidak menyesal membuat hidangan ini. Siapa tau anda boleh menjadi Chef dirumah pada hari minggu ini. Apa salahnya ya?

Dan untuk ibu-ibu ataupun bapa-bapa yang dalam program nak kuruskan badan dan berdiet, memang cucuklah hidangan ini. Ikan Kakap mengandungi protein, omega-3, ia juga mendukung metabolisme dan fungsi kerja tubuh yang amat kita perlukan. Tidak hanya sedap, malah masakan ini juga menyihatkan dan sangat-sangat dipromosikan.

Resepi Kredit Indoculinaire Hunter

🖨️ Print
Bahan-bahan:

  • 1 ekor Ikan laut Kakap Merah (1kg) disiang, direndam air jeruk nipis sebentar, dicuci dan dibelah
  • 1 ikat Daun Bawang besar dipotong ikut saiz hidangan Stim kaca.
  • 1 ikat Daun ketumbar 
  • 4 cm Halia ukuran besar dihiris
  • 4 chilli padi merah dipotong kasar
  • 4 sudu makan Minyak bawang atau minyak zaitun
  • 6 sudu makan Minyak goreng 
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 sudu teh Garam 
  • 1 sudu teh Gula putih 
  • 4 sudu makan Light soya sos / kicap masin 
  • 200 ml Air 
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Setelah dicuci dan ditos air ikannya, keringkan ikan dengan kertas dapur disekeliling dan dalaman ikan. (Boleh juga gunakan Ikan Kerapu ataupun Ikan Bawal).
  2. Bubuhkan secukup garam ke ikan. Seterusnya letakkan daun bawang dibawah ikan, di hidangan kaca untuk kukusan.
  3. Sumbatkan halia potong kebelahan ikan dan hirisan halia yang kecil dibahagian perutnya juga.
  4. Tuangkan minyak bawang (scallion oil) ke atas ikan. 
  5. Letakkan bekas kaca diatas saucepan ataupun periuk kukus. Tutup dan kukus sampai ikannya masak.
  6. Setelah Ikan Kakapnya masak, angkat bekas kaca dan ketepikan. Keluarkan halia dibahagian ikan, pisahkan daun bawang daripada ikan. Buang air ikan didalam bekas.
  7. Taburkan lada putih keatas ikan, dan hias hirisan daun bawang, hirisan halia, daun ketumbar dan chilli padi kesatas ikan.
  8. Panaskan sedikit minyak di saucepan. Tuangkan minyak panas keatas ikan.
  9. Tuangkan kicap masin di saucepan, gula, daun ketumbar dan akar ketumbar yang bersih jika ada, daun bawang dan tambahkan air. 
  10. Masak sehingga sosnya mendidih dan sebati dengan daun tadi dengan api yang kecil. 
  11. Apabila sudah siap sosnya, buang daun bawang dan daun ketumbar tadi.
  12. Tuangkan sosnya keatas ikan. Sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments