
Hidangan ini penuh dengan Khasiat, berperisa Sos Cream yang dituangkan keatas Salmon, ia boleh disajikan dengan Pasta atau Nasi Butter. Resepi ini ringkas dan mudah untuk disediakan. Bukan saja ia menyihatkan, malah juga ia boleh dikatakan kesukaan kanak-kanak dan orang dewasa.
Ikan Salmon memang banyak dengan khasiatnya. Rasanya yang lemak dan isinya yang sedap, ikan Salmon juga penuh dengan Omega-3 faty acid yang bagus untuk otak iaitu, Potassium, Selenium dan Vitamin B12.
Kredit Resepi Masakan Istimewa
Kredit Gambar Hiasan dan untuk resepi alternative Cafe Delites
Bahan-bahan:
- 2 keping ikan salmon
- 1 sudu besar minyak zaitun
- Secubit garam
- Secubit lada hitam
Bahan cream sos:
- 2 sudu besar marjerin atau mentega
- 1/2 biji bawang besar dicincang
- 2 biji bawang putih dicincang
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1 kiub ayam
- 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
- 1 cawan susu segar
- garam dan gula secukup rasa
- Secubit lada hitam
Cara-caranya:
- Sediakan sos dulu: Panaskan marjerin dalam saucepan, goreng bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
- Masukkan bahan-bahan lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
- Pastikan Salmon kering dengan pat dry ikan sebalumnya.
- Salutkan Ikan Salmon dengan garam dan lada hitam. Perap ikan salmon selama 15 minit.
- Panaskan minyak zaiton di saucepan dan bakar ikan sehingga perang. Masak selama 5 minit.
- Tuangkan Sos keatas Salmon, taburkan chopped parsley dan sajikan panas dengan pasta ataupun nasi butter.
- Sosnya boleh juga dicecah dengan garlic butter.
- Selain daripada Salmon, ikannya boleh juga digantikan dengan Cod fish.
0 Comments
🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!