Resepi Ikan Siakap Stim Kukus

Resepi Ikan Siakap Stim Kukus
Kalau memilih Ikan Siakap di pasar, haruslah kita pilih ikan yang segar dan cerah kulitnya, barulah fresh kalau kita kukus nanti. Pastikan insangnya merah dan matanya yang menonjol cerah.

Setelah dibersihkan dan dibuang bahagian dalaman seperti perutnya dan darah, ikan siakap haruslah diperap dengan bancuhan air asam, air limau nipis atau limau kasturi. Cuciannya harus tertip, dimulakan dari kepala ikan terus ke ekornya supaya tidak terluka daripada durinya.

Ikan Siakap yang di kukus dengan sempurna memang rasanya empuk dan lazat. Diperahkan limau keatasnya, dengan supnya yang segar, apa tidaknya memang puaslah kalau kita tau cara masakan hidangan ini. Selain dari menggoreng ikan siakap, ia juga dimasak dengan pelbagai jenis masakan seperti Siakap Tiga RasaSweet Sour dan banyak lagi jenis masakan. Terpulanglah kepada selera masing-masing.

Kredit Resepi Masakan Istimewa

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang holland
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 biji cili padi
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 3 sudu sos ikan
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 cawan jus limau nipis
  • 1 sudu gula
  • Sedikit daun ketumbar dan cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara-caranya:
  1. Bersihkan ikan. Kelar ikan supaya sos meresap.
  2. Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
  3. Masukkan serai yg telah diketuk ke dalam perut ikan
  4. Masukkan ikan ke dalam pengukus
  5. Campurkan sos ikan + sos tiram + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
  6. Cincang halus bawang putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
  7. Seterusnya masukkan bawang holland yg dipotong halus. Kukus sehingga ikan masak
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments