Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari
Antara kegemaran ramai ialah masakan kari ikan yang kuahnya berempah dan texturenya pekat. Rasanya bergitu sedap apabila dimakan dengan Roti Prata, Roti Perancis ataupun dengan nasi putih sahaja. Memang banyak cara masakan kari ikan, terpulanglah kepada pengaruh tukang masak. Kari ikan ada rasanya tersendiri, iaitu seperti masakan India, Melayu dan Cina. Bahagian ikan yang diguna kan pula ada berbagai jenis dan pilihan. Kepada peminat Kari Kepala Ikan, pilihan jenis ikan adalah penting seperti Ikan Merah, Ikan Tenggiri, Ikan Batang dan sebagainya.

Hari ini kita akan teruskan dengan menggunakan ikan tenggiri. Pilihlah Ikan Tenggiri yang fresh ya. Nanti kalau sudah masak siap ikannya segar dan sungguh sedap. Masakan ini dipilih daripa applikasi andriod yang anda boleh download ke gadjet anda (Sila ikuti link diatas). Mari kita mulakan resepi seterusnya.

Kredit Resepi Masakan Istimewa
Kredit Gambar Hiasan Rasa.my

Bahan-bahan:
  • 6 keping ikan tenggiri
  • 2 biji tomato, belah 4
  • 2 keping asam gelugor
  • 1 tangkai cili merah- belah 2
  • 1 tangkai cili hijau- belah 2
  • 2 sudu besar rempah kari ikan *
  • 2 sudu besar rempah kari daging *(*di bancuh dengan sedikit air)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Bahan tumis:
  • 2 biji bawang merah, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang serai- di ketuk

Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji buah keras

Cara-caranya:
  1. Ikan di cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan gaul sebati. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air.
  3. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Tuang air dlm 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tambah air jika perlu. Masukkan asam gelugor, santan dan gaul perlahan.
  5. Masukkan buah tomato, cili merah, cili hijau yg di belah 2, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan .

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!