Resepi Keropok Lekor Bergambar

Keropok LekorMari kita mulakan resepi Keropok Lekor yang agak mudah ini. Nanti kalau sudah dapat caranya yang betul, siapa tau anda boleh buat niaga. Keropok Lekor memang sedap kalau dikunyah dan dicecah dengan sos chilli. Sambil tengok TV tu, jari merayap jer kat keropok tu, Sekali gigit kunyah terus nak lagi. Apa tidaknya, dengan rasanya ikan yang buat kita macam kucing pulak yer, nak asyik nak lagi. Okay seterusnya kita mulakan resepi ini. 😋😋

Ikan Keropok LekorBahan utama Keropok Lekor ialah Ikan. Kita boleh gunakan Ikan Sardine ataupun Ikan Selayang.

Sardine mempunyai banyak kandungan mineral dan nutrisi yang tinggi. Ia penuh dengan zat besi, kalium, serta fosfor. Selain itu, sardine juga mengandung potasium yang membantu mengatasi tekanan darah tinggi. Terdapat juga vitamin D yang bisa membantu menguatkan tulang.

Tepong Keropok LekorMasukkan 2 cawan tepung sagu kedalam mangkuk adunan. Jika anda tiada tepung sagu, ia boleh juga diganti dengan tepung ubi.

Isi Ikan Keropok LekorSeterusnya, cuci ikan dengan bersih. Seterusnya, dengan pisau yang tajam, fillet isi ikan daripada tulang dan ketepikan. Tips: Jika ikan tidak sedia dimasak, isi ikan boleh disimpan di freezer lebih lama berbanding daripada ikan yang tidak di fillet.

Ikan Blender Ais Keropok LekorKemudian, masukkan isi ikan didalam blender. Masukkan juga beberapa ketul ais dengan sedikit garam. Blend sehingga lumat. Masukkan isi ikan kedalam bekas tepung.

Isi Ikan Keropok LekorGaul isi ikan yang lumat dikisar tadi bersamaan tepung sagu. Uli adunan sebati sehingga ia menjadi doh.

Resepi Keropok Lekor Bergambar Taburkan sedikit tepung, seterusnya, gentel dan gelek doh memanjang serupa bergini.

Keropok Lekor Yang Diadun Doh yang siap digentel memanjang mengikuti saiz kesukaan anda.

Keropok Lekor Yang Direbus Masukkan doh Lekor kedalam air yang panas mendidih. Biarkan ia masak sementara dan tunggu sehingga keropok mula menimbul. Angkat, toskan air dan ketepikan.

Keropok Lekor Yang Sudah DirebusKeropok Lekor siap untuk digoreng. Anda boleh juga menyimpannya kedalam freezer. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Resepi Berbuka Puasa

Bahan-bahan:

  • 8 ekor Ikan Sardine atau Selayang
  • 2 Cawan Tepung Sagu atau Tepung Ubi
  • Ais
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. Cuci ikan bersih2 dan asingkan tulang dengan isi.
  2. Masukkan isi ikan kedalam blender. Masukkan juga beberapa ketul ais dan sedikit garam. Blend sehingga isinya lumat.
  3. Dengan tangan yang bersih, gaul isi ikan yang telah dikisar tadi bersama tepung sagu. Uli adunan sebati sehingga ia menjadi doh.
  4. Tabur sedikit tepung dan urut memanjang seperti saiz seakan sausage.
  5. Apabila sudah sedia, masukkan doh kedalam air yang mendidih. Tunggu sehingga keropok timbul dan boleh diangkat. Toskan airnya.
  6. Siap untuk digoreng! 😋
  7. Boleh juda simpan di freezer sekiranya anda belum sedai untuk menggorengnya.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. saya nak cuuba tapi nak buat bulat bulat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, nanti kalau sudah cuba tlg komen sikit yer boss!

      Delete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!