Resepi Laksa Kari Ketam

Resepi Laksa Kari Ketam
Resepi kali ini dianggap mudah kerana bahan-bahannya yang tidak sukar untuk mendapatkannya. Dengan menggunakan isi ketam yang segar, resepi ini juga menggunakan air rebusan ketam, yang lagi menambah rasa kuah kari laksa ini.

Untuk anda yang inginkan mencuba Resepi Laksa Kari Ketam ini, pastikan anda dapatkan ketam yang segar, besar dan berisi. Hidangan ini sesuai untuk juadah hari berbuka puasa, ataupun anda boleh memasaknya untuk seisi keluarga. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Nurhayati Abd Malek.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

Bahan Kisar:
  • 12 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • 1 inch kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • sedikit belacan
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 senduk udang kering (direndam 1/2 jam)
  • 200gm udang (dibuang kepala dan kulit)
Bahan masak:
  • 1 kg Ketam (Direbus dan diasingkan isi)
  • Air rebusan ketam tadi
  • 3 sudu besar Serbuk Kari
  • 3 sudu besar Cili boh
  • 200ml santan
  • Asam jawa
  • Daun kesum
  • Gula garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya
Cadangan hiasan:
  • Kacang panjang (dimayang halus)
  • Tomato dipotong wedges
  • Daun kesum (dimayang halus)
  • Bawang besar (dimayang halus)
  • Kacang Panjang (optional)
  • Daun ketumbar
  • Lemon wedges

    Cara-caranya:

    1. Panaskan minyak di periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
    2. Seterusnya, masukkan cili boh dan kacau sehingga pekat sedikit.
    3. Kemudian masukkan serbuk kari. Gaulkan sehingga naik bau.
    4. Setelah itu, masukkan air rebusan ketam, santan dan isi ketam. (Kulit ketam yang masih elok boleh dimasukkan sekali)
    5. Masukkan daun kesum, asam jawa dan perisakan gula dan garam.
    6. Rebus mee laksa dan sedia untuk dihidangkan dengan bahan hiasan yang lain.
    Nota: Kepekatan kuah mengikut kesukaan anda. Kalau suka pekat, tidaklah perlu ditambah air dan sebagainya.

      →Like Me!
      Reactions

      Post a comment

      1 Comments

      1. Anonymous12:19

        Wowwww...nak masak dengan ketam minggu ini..

        ReplyDelete

      πŸ™‹Salam! πŸ‘‰ Sila beri komen anda! Tolong Like πŸ‘ dan Share Blog kami!