Resepi Laksa Kedah Ikan Kembung

Resepi Laksa Kedah
Hari ini apa kata kita sajikan Laksa Kedah untuk berbuka ataupun sahur? Selain daripada nasi dan lauk-pauk yang "berat" kandungan nya, sesekali mari kita try yang ringan pula.

Resepi Laksa Kedah

Resepi Laksa Kedah berikut ini menggunakan ikan kembung segar. Isinya sedap dan kaya dengan khasiat untuk keperluan tubuh dan otak seperti Iodine, Omega-3, Protein dan lain-lain. Yuk kita mulakan resepi mudah ini.

Resepi Kredit Resepi Sahur Untuk 30 Hari

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 bungkus laksa beras
  • 1 kg ikan kembung
  • 1 sudu besar belacan
  • 2 kuntum bunga kantan dibelah 4
  • 1 ikat daun kesum
  • 4 keping asam keping
  • gula dan garam, secukup rasa
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 tangkai cili kering, buang biji dan rebus
  • 50g ikan bilis, rendam seketika
  • 2 biji bawang besar
  • 8 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
Bahan untuk hiasan:
  • 5 biji telur, direbus
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis
  • 1 batang timun, hiris nipis
  • Limau nipis, di potong
  • 1 ikat daun selom
  • cili padi, hiris nipis

    Cara-caranya:

    1. Bermula dengan rendam laksa kering dan kemudia rebus sehingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
    2. Sing ikan, buang kepala dan ekornya. Rebus ikan yang telah dibersihkan bersama 1 asam keping dan sedikit bawang merah. 
    3. Setelah masak, asingkan isi ikan dan air rebusan. Kisar halus.
    4. Kemudian kisar baki tulang ikan bersama sedikit air dan tapis airnya. Masukkan di dalam periuk dan rebus bersama bahan kisar halus selama lebih kurang 20 minit.
    5. Masukkan bunga kantan, daun kesum, asam keping, belacan, garam dan gula secukup rasa.
    6. Rebus lagi sehingga rasa bahan benar-benar sebati.
    7. Hidangkan laska bersama kuah dan bahan hiasan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    2 Comments

    1. Anonymous10:52

      mantap! trima ksh resepi nya, udah saya print

      ReplyDelete
    2. Anonymous10:55

      yum yum

      ReplyDelete

    🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!