Resepi Laksa Lemak Ketam Segar

Resepi Laksa Lemak Ketam
Ingin tak mencuba masakan hidangan Mee Laksa Lemak Ketam? Resepi ini agak senang untuk diikuti. Anda juga boleh cetakkan resepinya seandainya memerlukan senarai lagi besar dan terang.  Rasa ketam yang enak lagi lazat untuk seisi keluarga ini sesuai untuk hidangan Iftar atau hari-hari yang biasa. Apabila mula ditumis, rempahnya akan naik bau dan aroma masakan akan lebih lagi mengundang selera anda. Kuah laksa ini boleh juga dikayakan dengan isi ketam mengikut kesukaan anda.

Masakan laksa yang berbeza dalam segi kuah dan pengaruh pemasaknya, tetap akan membuka selera si pemakan, kerana kuahnya yang diperbuat daripada isi ikan mahupun isi ketam yang bergitu segar. Dengan tidak berlengah lagi, muk kita mulakan Resepi Laksa Lemak Ketam istimewa ini.

Resepi Kredit Joha Hassan.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 500gm Mee Laksa segar
  • 1kg ketam segar – dibersihkan dan dibelah dua
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya
  • 2 batang serai di titik
  • 1 kotak santan krim 200ml
  • 2 sudu besar bawang goreng
  • 1 kiub knorr ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • 6 cawan air – Untuk kuahnya
  • 2 sudu besar minyak makan untuk menumis
Bahan Tumbuk Halus:
  • 1 sudu teh ketumbar biji – di sanggai dulu
  • 1/2 sudu teh jintan manis – di sanggai dulu
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Bahan Hiasan:
  • Bawang merah goreng
  • Daun ketumbar

    Cara-caranya:

    1. Mulakan dengan memanaskan minyak di periuk, masukkan serai yang di titik, kemudian masukkan rempah-rempah yang sudah di tumbuk halus, daun ketumbar bersama akarnya.
    2. Bila sudah naik bau aromanya, tuangkan air secukup. Kemudian masukkan 1 kuib knorr ikan bilis dan garam secukup rasa.
    3. Kacau sebati dan rasa kuahnya. Bila kuahnya kelihatan mendidih, masukan krim santan dan digaulkan rata. Kemudian, masukan ketam yang sudah dibelah dua. Biarkan ia selama 8 minit.
    4. Ketam akan bertukar ke warna oren apabila sudah masak. Letakan bawang merah goreng pada kuahnya.
    5. Di periuk yang lain celurkan Mee Laksa di air garam selama 2-3 minit, angkat dan toskan.
    6. Sajikan Mee Laksa di mangkuk, tuangkan kuah lemak ketamnya, bersama sebelah isi ketam, taburkan sedikit bawang merah goreng, dan daun ketumbar sebagai hiasan. Hidangkan.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments