Resepi Laksa Sarawak Udang

Resepi Laksa Sarawak Udang
Bahan yang digunakan di resepi ini agak memuaskan kerana rempahnya yang kaya dengan bahan-bahan yang tersendiri. Laksa Serawak selalunya dihidangkan dengan isi udang yang segar dan hirisan isi ayam yang telah dimasak. Kuah Laksa Serawak adalah agak berbeza dengan kuah-kuah Laksa yang lain. Mee yang digunakan juga adalah Bee Hoon ataupun Mihun yang halus.

Resepi kali ini mujur lengkap dengan dimulakan seumpamanya Pes Laksa Serawak dan Sambal Udang Kering. Hidangan ini cukup untuk enam orang. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Resepi Sahur Untuk 30 Hari.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

Pes Laksa Sarawak: (200 gm)
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Laksa Sarawak: (6 Orang Makan)
  • 200 g pes atau perencah laksa
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Sambal Udang Kering:
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula

    Cara-caranya:

    Pes Laksa:
    1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda (*).
    2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda (*).
    3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. 4. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
    4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
    Laksa Sarawak:
    1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
    2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
    3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
    Sambal Udang Kering:
    1. Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak.
    2. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    3 Comments

    1. Anonymous22:38

      wah macam sedap aja..i will try this for iftar! terima kasih! at least boleh print.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Welcome! Nanti jangan lupa komen masakannya ya!πŸ˜€

        Delete
    2. Anonymous12:20

      Mantap! Serawak laksa is delicious!

      ReplyDelete

    πŸ™‹Salam! πŸ‘‰ Sila beri komen anda! Tolong Like πŸ‘ dan Share Blog kami!