Resepi Laksa Sardin Tin Shortcut Mudah

Reaepi Laksa Sardin Tin
Betul ke ni resepi sardin dalam tin buat masak Laksa? Selalunya kita dengar orang masak Laksa menggunakan ikan segar ya. Tetapi hari ini kita akan masak laksa dengan menggunakan sardin tin pula. Rasanya sedap dengan hiasan hirisan timun dan potongan chilli padi. Tak payah lah susah-susah sangat ya nak kepasar cari ikan fresh, lepastu nak kena rebus pulak, kemudian akan diasingkan lagi isinya daripada tulang. Pendek kata, kepada mereka yang betul-betul teringin nak makan Laksa tetapi rasanya macam tak kuasa nak buat, ini dia resepinya.

Nanti mesti kena ingat ya, kalau nak hidangan Laksa ni, mesti wajib ditaburkan daun kesom dan bunga kantan. Baunya dedaun itu lah yang akan menusuk dikalbu sanubari kita (ehh bahh..). Isi ikan jangan lokek kalau kita siapkan resepi ini. Lepastu bawang hiris tu haruslah nipis-nips. Tak sabar ke nak try resepi ini? Yuk, let's go kita mulakan.

Resepi Kredit Yaya Hizam Resepi Sahur Untuk 30 Hari

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 tin sardin sederhana 
  • 5 biji bawang besar
  • Cili kering diirebus
  • Belacan secukupnya
  • 1 biji timun
  • 5 biji cilipadi
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • 1 peket laksa

Cara-caranya:

  1. Rebuskan dahulu mee laksa dan ketepikan.
  2. Tapiskan isi ikan sardin dan asingkan sosnya.
  3. Seterusnya masukkan isi ikan sardin kedalam blender. Kisar kasar supaya rasanya isi ikan nanti.
  4. Kisark cili kering, belacan, bawang besar kemudian masukan kedalam periuk bersama isi ikan tadi.
  5. Dengan api yang sederhana, kacau perlahan dan biarkan sampai kuah mendidih. 
  6. Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, garam dan rasakan serata. Matikan api.
  7. Hidangkan Mee Laksa bersama cili padi, timun, bawang besar yang telah dihiris nipis-nipis.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments