Resepi Laksa Terengganu Kuah Jernih

Resepi Laksa Terengganu Kuah Jernih
Anda sedang mencari resepi Laksa Terengganu? Laksa yang yang terkenal di Terengganu dan juga berasal daripada Malaysia ini ada dua jenis hidangan kuahnya. Kedua-duanya Laksa lazat, tetapi berbeza masakan dan resepinya. Yang pertama, kuahnya dihidangkan mentah, dan yang kedua pula kuahnya dimasak. Hidangan Laksa Terengganu yang mentah lazimnya dicampur air santan, bawang hiris, isi ikan dan air panas bersamaan lada hitam. Manakala kedua, kuahnya yang dimasak pula berempah, serupa dengan kuah Laksa Johor. Source.

Di resepi ini pula, kita akan gunakan ikan Kembung atau Tamban, tetapi anda juga boleh menggunakan kan Selayang. Resepi ini telah dipilih daripada Fb. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Resepi Sahur Untuk 30 Hari

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

Laksa:
  • ½ kg laksa tepung beras
Ulaman:
  • 2 biji timun (dihiris)
  • 2 pokok daun salad (dihiris)
  • 2 kuntum bunga kantan (dihiris)
  • ¼ kg tauge
  • Seikat daun kesum
  • 2 biji limau nipis
Kuah:
  • 10 ekor ikan kembung atau tamban (dibakar kemudian dibuang tulangnya lalu dikisar)
  • 2 labu bawang besar (ditumbuk halus)
  • 1 camca besar lada sulah
  • 2 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil lima cawan santan)
  • 3 camca besar kerisik
  • 4 camca besar gula pasir, garam secukup rasa
Sambal belacan:
  • 100 gm cili merah
  • 20 gm belacan [dibakar wangi]
  • garam
  • Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Cara-caranya:

  1. Ikan yang telah dikisar, dicampurkan bersama santan.
  2. Masukkan bawang, kerisik, gula, garam dan lada sulah.
  3. Masak hingga menggelegak, kemudian angkat.
  4. Hidangkan bersama sayur yang telah dihiris tadi.
Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan, ini akan membuatkan ia berasa lebih asli dan enak.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments