Resepi Mee Rebus Johor Daging Tetel

Resepi Mee Rebus Johor
Anda sedang mencari resepi Mee Rebus ke? Ya, ini dia resepi Mee Rebus, masakan cara menyediakan Mee Rebus Johor Hj Wahid. Hidangan mee berkuah memang kesukaan ramai terutama di Malaysia dan Singapura. Dengan kuahnya yang pekat dan berperisa, potongan chilli hijau, tahu dan taburan bawang goreng, mesti membuat kita ketagih.

Mari kita mulakan resepi dan cara masakan Mee Rebus Style Johor di bawah ini.

Resepi Kredit Hj Wahid.

πŸ–¨️Print
Bahan-bahan:

  • 2 kilo mee kuning, dicelur
  • Taugeh segar secukupnya
  • ½ kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
  • 4 biji keledek, direbus dan dikisar*
  • 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar*
  • 3 ulas bawang putih, dikisar*
  • 3 biji bawang merah, dikisar*
  • 1 inci halia, dikisar*
  • ½ cawan udang kering, dikisar*
  • 3 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak untuk menumis
Bahan Taburan Tepung Udang Kering:
  • ½ cawan udang kering, dikisar
  • 80g tepung gandum
  • ¼ camt serbuk kunyit
  • garam
  • air secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
Bahan Hiasan:
  • tahu yang digoreng, dipotong kecil
  • daun sup, dimayang
  • bawang goreng
  • telur rebus, dibelah dua
  • lada hijau, dipotong bulat
  • taugeh, dicelur
  • limau kasturi, dibelah dua

    Cara-caranya:

    Cara-cara untuk Tepung Udang Kering:
    1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. 
    2. Cara menggoreng ada teknik sikit. 
    3. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. 
    4. Angkat dan toskan. 
    5. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.
    Cara-cara untuk Kuah:
    1. Panaskan minyak dalam periuk.
    2. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.
    3. Seterusnya tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.
    4. Masukkan rampah kari dan kacau sehingga rata. Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (Tauchu dan keledek yang dikisar dicampur air untuk senang dikisar) Supayai tidak perlu ditambah air takut kuahnya tidak pekat.
    5. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.
    Cara untuk menghidang:
    1. Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. 
    2. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tauhu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments