Resepi Mee Rebus Keledek Merah

Text
Cakap pasal Mee Rebus memang ramai orang yang menggemarinya. Perasa kuah dan masakan Mee Rebus ada beberapa jenis rasanya. Seumpamanya, ada yang menggunakan stock daging lembu, stock daging kambing, ikan bilis, dan ada juga yang menggunakan udang kering.

Untuk memekatkan dan menyedapkan lagi kuah Mee Rebus, memang sedap apabila kita menggunakan keledek merah yang lagi menanbahkan keaslian hidangan ini. Tetapi ada juga mereka yang menggunakan tepung gandum ataupum tepung kentang bagi memekatkan kuah Mee Rebus.

Pada resepi yang berikutnya, kita akan menggunakan keledek merah sebagai pemekat dan perasa Mee Rebus. Selamat mencuba.

Resepi Kredit Senangnya Masak

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning - celur
Bahan sayuran:
  • 50 sen Taugeh - celur
  • Sedikit daun sup - hiris nipis
  • Sedikit daun bawang - hiris nipis
  • Bawang goreng
  • 4 keping tahu di goreng dan dihiris nipis.
  • 5 biji Cili hijau - dihiris nipis
  • Limau nipis/limau kasturi - di belah dua
  • Telur rebus - belah dua
Bahan-bahan kuah:
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • 4 sudu cili kering yang di kisar*
  • 3 biji bawang merah - kisar*
  • 3 sudu lengkuas yang di kisar*
  • 4 batang serai dikisar halus*
  • 2 biji bawang putih - kisar*
  • $1.50 udang kering - kisar* - lagi banyak lagi sedap.
  • 300 g udang hidup - direbus dan kisar halus
  • 1 kg ubi keledek merah - direbus dan blender halus
  • 3 sudu gula atau secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu sos tomato
  • Air - secukupnya

Cara-caranya:

  1. Mulakan dengan menumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili kering dan udang kering yang telah di kisar hingga terbit minyak dan berbau wangi.
  2. Masukkan udang hidup yang dikisar dan air rebusannya sekali.
  3. Masukkan keledek yang telah dikisar dan tambahkan air secukupnya. bubuh garam, gula, aji dan sos tomato.
  4. Biarkan mendidih dan siap untuk di hidang dan dimakan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

1 Comments

  1. Anonymous09:37

    Re-cook followed the steps, the result was amazing. Thank you for the recipe.

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!