Resepi Mudah Kembung Masak Kari

Resepi Mudah Kembung Masak Kari
Kadang-kadang tidak terfikir bahawa ikan kembung sedap juga kalau dimasak kari. Kembung di pasar tu tidak sukar untuk kita mendapatkannya. Semenjak di musim Covid-19 ni, pasar di Singapura semuanya telah di jaga oleh pihak penerintah supaya kita lagi berjaga-jaga dan patuh dengan panduan yang diberi. Di supermarkit pula, ramai yang berbelanja sehinggakan makanan laut seperti ikan dan ketam harganya terlonjak mahal disebabkan oleh demand yang tinggi

Kepada sesiapa tu yang sukar untuk mendapatkan ikan yang digemarinya, kembung adalah diantara ikan yang mudah kita mendapatnya. Mari kita mulakan masakan kari ini.

Resepi Kredit Resepi Selera.

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • Beberapa ekor Ikan Kembung disiang dan dicuci
  • 3 biji bawang kecil dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 3 bungkus kecil rempah babas dibancuh air menjadi paste
  • 1 tangkai Daun kari
  • 1 kepal Air asam jawa dibancuh air
  • 2 Tomato dipotong dadu
  • 10 Kacang bendi (ikuat suka)
  • Santan (tidak terlalu cair) ataupun susu cair
  • Garam secukupnya
  • Gula sedikit
  • Perasa sedikit

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak di kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan halba campur sampai kekuningan. 
  2. Masukkan daun kari da kacau seketika. Kemudian masukkan rempah yang dibancuh dengan air. Tumis lama dengan api yang sederhana supaya rempah garing dan naik minyak.
  3. Setelah rempah pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa. Kacau supaya kuah karinya cantik dan tidak berketul. Biarkan ia mendidih.
  4. Masukkan ikan, tomato dan bendi.
  5. Masukkan garam, gula dan sedikit perasa.
  6. Matikan api dan hidangkan.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. Anonymous15:00

    Ikan masin pun sedap ��

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:20

    Terima kasih share resipi ni…first time masak kari…newbie tua 😅

    ReplyDelete

🙋Salam! 👉 Sila beri komen anda! Tolong Like 👍 dan Share Blog kami!