Resepi Mudah Nasi Lemak Pandan

Resepi Nasi Lemak Pandan
Nasi Lemak Pandan ni memang penuh dengan bau harum aroma pandan mambuat kita membuka selera. Dan yang kesan sekali, nasi dan lauk ni mesti nak kena jugak dengan sambal tumis. Wajib ya.

Ada berbagai cara dan tips untuk cantikan warna yang hijau dan sedap apabila dimakan. Macam seperti biasa, nasinya juga boleh dihidangkan dengan lauk-lauk kegemaran anda. Mari kita mulakan resepi mudah ini.

Gambar Hiasan Kredit Carousell

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras
  • 2½ cawan air perahan pandan 
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 5 hiris halia
  • 2 helai pandan- simpul

Cara-caranya:

  1. Cuci beras dan toskan.
  2. Masukan beras ke dalam rice cooker , tambahkan air pandan , santan, garam,gula,halia  dan padang yang di simpul , aduk sebati dan masak guna rice cooker.
  3. masak seperti biasannya
  4. Bila nasik telah masak,semasa masih panas ,leraikan nasi dengan chopstick atau garfu supaya nasi jadi gembur dan berderai cantik
  5. Hidangkan bersama lauk kesukaan snda.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments