Resepi Nasi Dagang Ikan Tongkol

Resepi Nasi Dagang Ikan Tongkol
Anda tak teringin ke nak makan Nasi ala Malaysia? Mari kita masak Nasi Dagang dengan Kari Ikan Tongkol. Resepi ini kami dapatkan daripada Facebook Resepi Menarik. Pasti ramai yang iginkan merasa Nasi Dagang, tetapi memang puas kalau dibuat sendiri.

Kalau sebut pasal nasi dagang, ada pendapat orang yang berbeza. Ada yang mengatakan nasi dagang di Kelantan dan Terengganu tidak serupa dan ada juga yang berpendapat kedua-duanya tiada sebarang perbezaan kerana kedua hidangannya rasanya hampir serupa. Walau semedikian, nasi dagang Terengganu atau Kelantan mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Resepi Kredit Resepi Menarik

Bahan-bahan:

  • 1 kilo beras (direndam, dicuci dan ditoskan)
  • 3 cawan santan cair
  • 2 sudu teh halba
  • 1 inci halia (dihiris nipis)
  • 10 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 2 sdt gula
  • 1 sdt garam

Cara-caranya:

  1. Masukkan beras yang dicuci bersih ke dalam pengukus yang telah dipanaskan. Kukus
    beras tersebut selama 30 minit.
  2. Pindahkan ke dalam mangkuk besar, masukkan santan dan gaulkan ia. Kemudian
    dikukus lagi selama 30 minit.
  3. Pindahkan lagi ke dalam mangkuk dan tambah halba, halia, bawang, gula serta
    garam. Teruskan lagi mengukus selama 20 minit.
  4. Bila dah masak barulah di angkat untuk dihidangkan.

Kari Ikan Tongkol:

  • 4 sudu minyak masak
  • 3 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • 350 gm ikan tongkol (dipotong menjadi keping)
  • 1 tangkai cili hijau ( dibelah dua)
  • 1 tangkai cili merah (dibelah dua)
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa

Pes rempah:
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 3 sudu besar cili kisar

Cara-caranya:

  1. Kisar bahan-bahan pes rempah hingga halus.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan rempah hingga wangi. Tambah santan serta asam gelugur dan renehkan sebentar.
  3. Masukkan ikan. Biarkan sekejap dan perasakan garam serta gula. Tambah cili dan renehkan selama 5 minit atau sehingga masak.

Acar timun:
  • 100 gm timun
  • 100 gm lobak merah
  • 100 gm cili merah dan cili hijau
  • 50 gm bawang besar
  • 60 ml cuka
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa

Caranya:
  1. Timun dipotong 2 inci dan buang biji di tengahnya. Mayang halus seperti batang mancis.
  2. Lobak merah, cili merah serta cili hijau dihiris seperti timun juga.
  3. Bawang besar dibelah 2 dan dihiris halus.
  4. Rendamkan bahan hirisan tersebut ke dalam air kapur selama 30 minit. Kemudian cuci bersih dan toskan. Biarkan sehingga ia kering.
  5. Gaulkan, gula, garam dan cuka hingga sebati.
  6.  Kemudian hidangkan bersama nasi.

    →Like Me!
    Reactions

    Post a Comment

    0 Comments