Resepi Nasi Minyak Kampung

Resepi Nasi Minyak Kampung
Kalau cakap pasal nasi minyak, ramai orang yang kenal dan ramai lagi penggemarnya. Makanan yang selalu menggunakan beras basmathi ini memanglah popular dikalangan rakyat Malaysia dan kaum Melayu di Singapura.

Nasi Minyak adalah simbol rasmi untuk hari kegembiraan dan perayaan. Seperti hidangan dihari perkawinan, kenduri dan hari lebaran. Makan staple ini amat berperisa kerana bahannya yang kaya dengan rempah dan ia menggunakan minyak sapi. Masakan ini boleh dikatan tidak sukar untuk membuatnya.

Antara lauk yang sesuai untuk nasi minyak adalah seperti Kurma Kambing, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Acar Nenas, Dalca, Rendang Minag dan Ayam Goreng Berempah. Kalau anda ada tips dan cadangan lauk lain, cuba komen dibawah untuk seterusnya. Selamat mencuba.

Resepi Kredit mazliza Ahmad

Bahan-bahan:

  • 3 pot beras basmathi (akk guna jasmin basmathi pusa gold)
  • 5 pot air(1 pot d guna utk blend dgn bwng goreng)
  • 2 sudu mkn planta(nk guna minyak sapi pun blh)
  • Kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga
  • Rempah sup bunjut adabi-1
  • 1 genggam bawang goreng(mesin dgn air)
  • 1 sudu mkn kismis
  • Garam n perasa
  • *1 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *1/2 inci halia

Cara-caranya:

  1. Kisar bahan bertanda *
  2. Panaskn rice cooker. Masukkan planta
  3. Tumis rempah 3 serangkai
  4. Masukkan bahan dikisar tadi. Masukkan rempah sup bunjut
  5. Masukkan kismis, garam dan perasa
  6. Masukkan bawang gareng yg sudah dikasar dengan 1 pot air
  7. Masukkan beras
  8. Akhir sekali masukkan lagi 4 pot air.
  9. Tutup periuk dan biar hingga masak.
  10. Bila dah masak kaiskan dgn garfu (utk elakkn nasi jd patah2)

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments