Resepi Nasi Tomato Rice Cooker

Resepi Nasi Tomato Rice Cooker

Bila tibanya hari yang istimewa atau hari keramaian, terfikir pulak apa hidangan yang harus dimasak. Cari sana dan sini, idea tak kesampaian. Apa kata kita masak Nasi Tomato. Selain daripada Nasi Briyani dan Nasi Minyak, Nasi Tomato juga dapat sambutan ramai apabila ia digabungkan dengan lauk-lauk yang lazat.

Seperti dikatakan tadi, Nasi Tomato memang sesuai dengan lauk kegemaran ramai, hidangan seperti Ayam Masak Merah, Sambal Ayam, Kurma Kambing, Kurma Ayam, Acar Nenas, Dalcha dan sebagainya.

Mari kita mulakan resepi ringkas seterusnya. Resepi dikutip daripada Facebook. Kalau anda sudah mencuba resepi ini, tolong beri sedikit komen dibawah. Terima kasih dan selamat mencuba.

Resepi Kredit mas salleh via mahn

Bahan-bahan:

  • 7 cawan beras basmati dibasuh dan rendam air suam selama 1/2 jam
  • 10.5 cawan air biasa
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin tomato puree
  • 2 biji bawang holand dihiris
  • 4 biji tomato
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji bunga lawang
  • 10 biji bunga cengkih
  • Sedikit minyak sapi
  • Secukup minyak masak 
  • Gula dan garam secukupnya
  • Akar daun ketumbar
  • Seikat daun pandan

Cara-caranya:

Bahan tumis:
  1. Panaskan minyak dan minyak sapi di periuk yang sesuai
  2. Kemudian tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih
  3. Masukkan bawang holand, tomato, daun pandan dan akar daun ketumbar
  4. Tumis hingga naik aroma dan sedikit garing
  5. Masukkan susu dan tomato puree
  6. Masak hingga mendidih, tambah gula dan garam
Seterusnya:
  1. Alihkan kedapur elektrik untuk masak nasi
  2. Masukkan 10.5 cawan air dan bahan yang telah ditumis sebentar tadi bersama 7 cawan beras yg telah direndam dan kacau sedikit
  3. Tekan cook. Mula masak seperti biasa
  4. Apabila nasi sudah masak, taburkan bawang goreng dan daun ketumbar keatasnya
  5. Boleh jugak tabur kismis untuk kesukaan anda.
    *sila guna cawan sama sukat air dan beras
    Nisbah 1 cawan beras =1.5 cawan air

    →Like Me!
    Reactions

    Post a comment

    0 Comments