Resepi Rempeyek Ikan Bilis Kacang Ranggup

Resepi Rempeyek Ranggup
Antara kueh-mueh Raya dan Kerepek yang ramai orang cari ketika di Hari Lebaran adalah Rempeyek Kacang Ikan Bilis. Bila sudah masuk satu gigitan kedalam mulut, hmm, mesti nak lagi. Rasa rempah, ikan bilis dan kacang yang ranggup, gurih tidak akan menghentikan mulut daripada mengunyah, krap krup krap. Silap satu botol container habis kita telan. Itulah dia, Rempeyek sedap.

Resepi Adunan Rempeyek Ranggup
Ketika hendak menggoreng nanti, jangan lupa tabur kacang dan bilis banyak-banyak. Adunan mestilah dicuba dahulu walaupun anda telah mengikuti resepi-resepi yang disediakan, supaya tidak kempunan nanti untuk dapatkan rempeyek perfect (wah, 😅 speaking pulak ya).

Resepi Bahan Rempeyek Ranggup
Kalau boleh, kacangnya dijemur dahulu dan dikenakan sinaran mata hari. Supaya ia kekal ranggup apabila sudah digoreng nanti. Ikan bilisnya pula pilihlah yang sudah dikopek. Jika digoreng rempeyeknya gurih dan sedap.

Setelah rempeyek siap, toskan minyaknya dengan paper towel ataupun kalau yang tak kisah tu, boleh gunakan surat khabar yang bersih. Pastikan ia benar-benar sejuk, barulah dimasukkan kedalam tempat yang sesuai besar kontainernya. Dan last sekali, jika anda inginkan rempeyek rasa pedas, tambahkan chili padi sikit kedalam adunan, di tempat bekas mangkuk yang berlainan. So, ada dua rasa, pedas and tidak pedas. Selamat mencuba.👍

Resepi Kredit Giler Kentang

🖨️Print
Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung beras 
  • 2 cawan santan pekat
  • ½ sudu kecil kapur makan 
  • 1 biji telur
  • 8 ulas bawang putih* 
  • 3 sudu besar jintan manis*
  • 3 sudu besar jintan kasar*
  • 3 sudu besar ketumbar biji*
  • Kacang dijemur dahulu supaya ia kekal rangup apabila sudah digoreng nanti
  • Ikan bilis tang sudah dikopek
  • Air secukupnya (mula dengan sukatan 5 cawan dahulu, jika terlalu pekat baru ditambah air lagi sedikit ikut sukatan)
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:

  1. ✔️Kisar kering bahan-bahan yang bertanda*. 
  2. Di mangkuk adunan, campurkan tepung beras, santan pekat, kapur, telur, bahan kisar, air dan garam. Bancuh adunan sehingga sebati. 
  3. Agakkan air, supaya jangan terlalu cair ataupun terlalu pekat apabila dibancuh. 
  4. Seterusnya, cuba dengan mengoreng seketul dua dahulu selepas dibancuh tadi Lihat struktur rempeyek untuk pastikan tebal atau nipis rempeyek. Jika tebal, bolehlah ditambah air sedikit. 
  5. Kalau terlalu nipis, boleh ditambah lagi sedikit tepung. Jika nipis sangat, kacang dan ikan bilis akan susah nak melekat. Anda boleh eksperimen adunan sampai sesuai dan ngam.
  6. Teruskan goreng seperti biasa. Guna acuan yang telah direndam dalam kuali bersama minyak yang betul panas. 
  7. Rempeyek yang betul, apabila masa digoreng ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tidak tebal dan tak nipis sangat. Jangan lupa tabur kacang dan bilis banyak-banyak.
  8. Sentiasa kacau adunan sebelum menggoreng. Insyaalah sedap.

→Like Me!
Reactions

Post a Comment

0 Comments