Resepi Rendang Ayam Tok

Resepi Rendang Ayam Tok
Foto Kredit: rendang tok

Yuk hari ini kita masak Rendang Ayam Tok. Kalau belum menjelang Hari Raya pun tak apa lah. Bole jugak sesekali masak special sikit. Dan yang baru mula jinak-jinak dan baru belajar masak pulak, bolehlah cuba resepi ini.

Nanti kalau sudah biasakan masak resepi masakan-masakan yang baru, tidaklah kekok nanti. Untuk tips hari ini, kalau nak simpan rendang nanti, asingkan kedalam beberapa bekas ya, supaya tidak rosak kalau disimpan, terutama apabila kita masak dengan banyak. Elakkan keluar masuk rendang dari peti sejuk, takut nanti basi pulak lauk tu. Yuk kita mulakan.

Bahan-Bahan:
  • ½ ekor ayam fresh dipotong 4-5 dan dicuci bersih

Bahan Dikisar Halus:
  • 20 tangkai cili kering direbus dahulu dan toskan air
  • 2 biji bawang besar
  • 8 siung bawang putih
  • 3 batang serai
  • Sebesar ibu jari halia
  • Sebesar ibu jari lengkuas

Bahan Lain:
  • 250 ml santan pekat
  • ½ cawan air
  • 4  helai daun limau purut dicarik
  • 2 paket kecil kerisik
  • 2 lembar daun kunyit dihiris tipis
  • 1 keping asam keping
  • 1 ½ sudu besar gula pasir
  • 1 ½ senduk  minyak untuk masak
  • Perasa secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak secukupnya dikuali dan tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak.
  2. Seterusnya masukkan asam keping dan gula. Tumis lagi sehingga masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan kerisik, daun limau purut serta santan dan air.  Pastikan selalu dikacau bagi elakkan santan daripada pecah minyak. Biarkan santan mendidih, barulah dimasukkan ayam yang dipotong tadi.
  4. Masak dengan api kecil selama 30 minit supaya ayam mula empuk, seterusnya sesuaikan rasa bersama garam dan serbuk perasa. Taburkan hirisan daun kunyit. Biarkan kuah rendang memekat dan sesuaikan rasanya.
  5. Angkat dan sajikan.

→Like Me!
Reactions

Post a comment

0 Comments